26 Disember 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

unifi-air-dan-router-tenda

Disember 2019
Secara rasminya saya telah menjadi pelanggan TM Unifi Air selama tiga bulan sejak Oktober lalu. Saya telah memilih pakej kedua yang disediakan TM iaitu melanggan sim kad Unifi Air sahaja tanpa router Huawei B618 LTE CPE.

Pakej Internet tanpa had. Internet boleh dikongsi bersama ahli keluarga di rumah. Menjadikan saya tertarik dengan pakej yang ditawarkan.

pakej pelan internet Unifi Air oleh TM 2019

Kenapa Saya Melanggan Sim Kad Sahaja?
Yang pertama 
saya ingin menguji capaian dan juga kekuatan Unifi Air di kawasan perumahan saya di Taman Air Manis Sabak Bernam. Setakat ini kekuatan internet agak memuaskan sekitar 4-20 mbps mengikut  keadaan dan masa. Semakan rangkaian di laman TM menunjukkan TIADA liputan Unifi Air di Sabak Bernam.

Tetapi kenapa saya 'berani' cuba Unifi Air di lokasi ini?
Sebenarnya saya telah meminjam router Unifi Air daripada seorang rakan dan hasilnya agak mengejutkan apabila Unifi Air dikatakan agak "boleh tahan" di kawasan Taman Air Manis. 

Yang kedua 
di kawasan perumahan saya telah tersedia Unifi Fiber. Disebabkan saya merupakan seorang penyewa dan akan berpindah ke kawasan lain, mudah bagi saya bagi memindahkan talian Unifi Air ke tempat lain pada bila-bila masa.

Yang ketiga 
Unifi Air boleh dibawa ke mana-mana bersama router yang dibeli berasingan di Shopee. Boleh dibawa ke tempat kerja dan juga boleh dibawa balik ke kampung semasa cuti sekolah. Tidak seperti Celcom Home Wireless. Tiada talian sekiranya di bawa keluar daripada lokasi yang sepatutnya. 

Yang keempat 
Pelan Unifi Air yang saya langgan boleh ditamatkan pada bila-bila masa kerana tiada ikatan kontrak. Jadi saya tidak perlu risau sekiranya saya tidak berminat lagi dengan perkhidmatan TM.





Bagaimana Cara Mendapatkan Sim Kad Unifi Air?
Langkah Pertama,
Semak dahulu liputan rangkaian Unifi Air di kawasan anda. (Semak sini) Sekiranya tiada liputan di kawasan anda, anda boleh cuba meminjam daripada rakan-rakan yang memiliki sim kad ini. Sekiranya tiada, keputusan yang diambil adalah risiko anda sendiri. Pastikan langgan sim kad sahaja. Jangan ambil pakej bersama router dengan kontrak 24 bulan. Menyesal nanti!

Langkah kedua,
Dapatkan lokasi TM Point yang berhampiran dengan rumah anda melalui laman web TM. Saya dulu pergi ke Teluk Intan. (Semak Lokasi TM Point)

Langkah ketiga,
Pergi ke TM Point dan buat urusan langganan di sana.

Langkah Keempat
Cuba masukkan sim kad dalam telefon anda sendiri untuk mencuba talian internet Unifi Air di kawasan anda. Pastikan telefon itu  adalah jenis yang menyokong talian 4G.

Langkah Kelima
Buat uji lari talian Unifi Air melalui aplikasi Speedtest. Sekiranya capaian download adalah 4mbps ke atas, adalah rasional sekiranya anda meneruskan langganan Unifi Air untuk bulan seterusnya. **Sila buat uji lari kelajuan internet pada masa yang berbeza. Buat berkali-kali untuk memeriksa kestabilannya.





Keputusan Speedtest Unifi Air

Hasil Speedtest Unifi Air + Router Tenda di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Hasil Speedtest Unifi Air + Router Tenda di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Kawasan ini berada di dalam liputan Unifi Air. Boleh semak di SINI.


Hasil speedtest Unifi Air di Taman Air Manis, Sabak Bernam, Selangor
Hasil speedtest Unifi Air di Taman Air Manis, Sabak Bernam, Selangor.
Kawasan saya di luar kawasan Unifi Air. 




Router Pilihan Saya
Saya memilih router jenama Tenda kerana faktor harga yang murah berbanding router lain. Pada masa itu saya membelinya sekitar harga RM249. Antara faktor lain juga adalah router jenis ini turut menyokong pelbagai sim kad yang berada di pasaran seperti sim kad celcom, umobile, Yes 4G dan lain-lain.

Router ini juga boleh digunakan bersama sim kad Yes 4G pelan Guru 1Bestarinet. Buat langganan RM10 untuk 10GB. Pasang sim kad dan terus boleh digunakan.


Pada bulan November yang lalu, jumlah penggunaan data Unifi Air yang disambung pada PC sahaja adalah sebanyak 63.9 GB. Bagi telefon & laptop saya terlupa untuk buat tetapan bacaan gunaan data.

Bacaan penggunaan data oleh perisian Glasswire.


Penulisan Lain yang berkaitan

# Bunting Matematik

# Ikuti Blog Ini

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Koleksi Buku Program

# Koleksi Buku Program
Disediakan dalam Powerpoint size A4

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -