Assalamualaikum & Salam sejahtera.

dns-server-membantu-pencarian-maklumat-dalam-internet

Jika saya berikan nombor telefon seperti 015-333 3333,
adakah anda tahu siapa pemiliknya?

Jika saya berikan alamat IP seperti ini 179.60.194.35
adakah anda tahu laman apa yang akan dipaparkan?

Sebenarnya alamat IP (179.60.194.35) ini adalah merupakan alamat IP milik domain laman media sosial yang terkenal iaitu Facebook.

179.60.194.35 = www.facebook.com

Nombor ini adalah unik seperti nombor kad pengenalan kita. Amat sukar bagi kita untuk melayari laman Facebook dengan cara menaip nombor-nombor ini ke dalam pelayar internet (browser). 

Seperti membuat panggilan telefon kepada rakan. Kita hanya perlu mencari/menaip namanya dan bukan membuat carian berdasarkan nombor telefonnya. 


Sumber gambar daripada alamy.com
Dahulu buku Yellow Pages terkenal sebagai sebuah buku telefon. Boleh dikatakan hampir semua nama pengguna telefon talian (telekom) tetap masa itu tersenarai di dalam buku kuning ini. Saya pernah juga pernah menggunakannya zaman kanak-kanak dahulu. Jenuh juga membuat carian nama ayah dalam buku kuning tu waktu itu. Berat juga bukunya!

Internet juga mempunyai buku yellow pages tersendiri yang dikenali sebagai DNS (Domain Name System). DNS berfungsi dengan cara menterjemah dan menukar nama domain/URL (www.facebook.com) yang ditaip kepada nombor alamat IP (179.60.194.35).

Hal ini kerana komputer hanya boleh bekerja dengan menggunakan nombor manakala manusia terbiasa menggunakan huruf & perkataan untuk pergi ke sesuatu domain.



Bagaimana penterjemahan domain kepada DNS berlaku?


dns server menterjemah domain kepada alamat ip domain.

Apabila DNS server 1 mempunyai maklumat yang diminta, alamat IP akan dihantar ke peranti (komputer/telefon) dan seterusnya ke laman yang diminta.

Sekiranya DNS server 1 tiada maklumat, komunikasi antara DNS server akan berlaku dan serahan alamat IP berlaku kepada peranti.