Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, bagi mempromosi dan memperkenalkan Frog VLE kepada guru dan murid, adalah menjadi tanggungjawab pentadbir VLE sekolah untuk memikirkan strategi yang berkesan supaya Frog VLE dapat dijadikan budaya dalam kalangan murid dan guru.

Perhimpunan Mingguan, Isnin, 11 Februari 2019
Bersempena dengan kehangatan Frog Championship Level Up untuk tahun 2019 yang telah dilancarkan pada awal bulan Februari yang lalu, saya selaku pentadbir VLE telah menjalankan satu program yang dikenali sebagai Frog VLE Bonanza yang berlangsung dari awal hingga ke akhir tahun 2019 ini.

Bunting Pelancaran VLE (2.5 x 5 kaki)

Frog VLE Bonanza hanya sekadar penjenamaan di peringkat sekolah. Hal ini merupakan projek mega VLE di sekolah yang terletak di kampung Tebuk Pulai ini. Bagi menampung kos yang terlibat, pihak PIBG telah bersetuju memberikan sumbangan berbentuk wang bagi menaja hadiah untuk guru dan murid.

Hadiah yang ditawarkan adalah gajet-gajet yang sentiasa menjadi idaman para murid pada masa kini seperti Pendrive USB 3.0, Headphone, Bluetooth Speaker dan juga tetikus jenis bluetooth. Daripada soal jawab ringkas secara rawak bersama murid, mereka lebih mengemari bluetooth headphone. Mungkin lebih nampak bergaya barangkali.

Halaman depan dan isi kandungan Buku Program Pelancaran VLE

Seperti biasa, bahan promosi seperti banner, bunting, buku program dan juga hebahan melalui Whatapps, Facebook dan VLE telah dijadikan sebagai medium hebahan kepada semua warga sekolah.

Bunting Guru dan Murid Terbaik VLE setiap bulan

Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SKTDI, Tn Hj Mohd Khamsani bin Bahrun

Banner Frog VLE Bonanza

Pada episod seterusnya, nanti
saya akan berkongsikan pautan bahan promosi yang telah saya hasilkan sepanjang majlis ini. Ok...BYE!