Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apabila disebutkan nama Lazada dan Shopee, sudah semestinya ramai yang mengenalinya sebagai tempat untuk membeli belah tanpa memerlukan tenaga yang banyak. Pengguna hanya perlu mengakses kepada laman tersebut dan mencari barang yang diinginkan. Tetapi, sebagai pengguna yang berkhemah, anda perlu bijak memilih agar tidak tertipu seperti saya.


Sempena 12.12 Shopee yang lalu, saya telah membeli sebuah Kad Memory dalam Jualan Kilat/Flash Sale. Harga yang ditawarkan adalah murah dan patut dimiliki. Tanpa mengabaikan review dan komen daripada pengguna lain, saya telah membeli kad itu daripada penjual yang berpangkalan dari China.

Barang sampai dan bungkuan terus dibuka.
Sekilas pandang, barang yang sampai adalah kelihatan tidak meyakinkan. Seterusnya, saya telah mengeluarkan kad memori itu dan meneliti satu persatu produk itu.

Nampak sekali pandang seperti produk Original. Tetapi tidak.
Kecepatan data yang mengagumkan. Tetapi hampa.
Cetakan pada adapter pun mcm guna spray biasa
Cetakan kembang dan tidak meyakinkan.
Nombor identiti pada kad pun sukar untuk dilihat.

Bagi meyakinkan diri, saya telah menjalankan sebuah "Test" pada kad itu dengan menggunakan perisian percuma yang dikenali sebagai
H2testw 1.4

paparan pertama H2testw selepas dilancarkan
Keputusan KAD MEMORI PALSU yang dilaporkan oleh H2testw
Keputusan KAD MEMORI ORIGINAL yang dilaporkan oleh H2testw

Setelah diuji dengan H2testw, ciri-ciri kad memori palsu adalah seperti berikut:


#1

10.6 GB sahaja yang boleh digunakan dan selebihnya dikategorikan sebagai "Defective".

#2

Kecepatan Verifying adalah sangat teruk
#3

Cetakan pada bungkusan yang tidak menyakinkan.
#4

Bungkusan kad memori boleh dikoyakkan dengan mudah.



*Saya telah meminta pemulangan semula bayaran dan penjual telah menghubungi saya dan berjanji akan memberikan kad baru yang original. Perekara ini masih dalam proses. Nasib baik RM20 jer lebur.