Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Banner yang disediakan oleh pihak Frogasia sebagai bahan promosi.

Awal bulan Ogos 2018 yang lalu kita dikejutkan dengan kehadiran
Frog Championship - Level Up!. Kali ini kaedah program yang dianjurkan oleh pihak Frogasia nampak lebih telus dan teratur berbanding yang sebelumnya. Tahniah!

Kategori Guru, murid dan sekolah yang menyertai pertandingan ini akan dibahagikan kepada peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat potensi diri guru, murid dan sekolah di pelbagai peringkat. Tak dapat johan kebangsaan, dapat tempat peringkat daerah pun dah lega. 

Kemaskini terbaru yang terdapat di dalam Frog VLE mutakhir ini adalah penambahan yang dikenali sebagai "Boost".

Fungsi Boost yang membolehkan guru menambah laman ke dalam koleksi laman persendirian.

Dengan wujudnya fungsi terbaru ini, guru-guru tidak perlu lagi membina laman PDPC. Laman-laman pembelajaran ini telah dibangunkan oleh pihak Frogasia dengan kerjasama guru pakar subjek dan VLE di dalam negara kita.

Minggu ini dibuka untuk subjek Matematik.

Hanya tiga mata pelajaran sahaja yang menyokong fungsi Boost ini iaitu subjek
Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Setiap subjek ini tidak dilancarkan secara serentak tetapi mengikut masa yang telah dijadualkan. Bagi subjek yang lain, mungkin pihak Frogasia akan cuba menyediakan kesemuanya secara beransur-ansur.

Sebagai guru Matematik, saya dah terbayang di dalam kepala ini untuk menambah laman-laman subjek Matematik ini ke dalam koleksi "My Site" yang boleh digunakan oleh murid dan guru lain di sekolah saya. Saya bercadang juga untuk menambah laman-laman ini ke dalam laman Panitia Matematik sekolah.

Pada Laman PDPC Boost yang bertajuk Tajuk 10 : Pengurusan Data Tahun 6, saya mendapati pembina laman telah memasukkan bahan-bahan YouTube dan juga penulisan blog saya ini ke dalam laman PDPC tersebut. Alhamdulillah kerana perkongsian saya tidaklah sia-sia dan akhirnya dapat dikongsikan bersama dengan guru-guru lain dalam Malaysia.


Video aktiviti PDPC PAK 21 Cikgu Afiq tajuk Pengurusan Data diselitkan sebagai rujukan aktiviti dalam Laman Boost.
Pembina laman turut menyediakan Pautan Luar /External Link.