Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bulan Ogos begitu sinonim dengan panggilan sebagai Bulan Kemerdekaan. Kebiasaannya guru-guru sekolah terutamanya guru penyelaras Bulan Kemerdekaan akan cuba memerah otak untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian. Bagi pentadbir VLE, sudah tentulah slot aktiviti yang berkaitan VLE akan dijadikan salah satu aktiviti bulan kemerdekaan sekolah.

Berdasarkan kepada perkongsian rakan-rakan Pentadbir VLE di dalam laman sosial, terdapat beberapa aktiviti VLE yang boleh saya nyatakan di sini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka kerana sentiasa kreatif dan inovatif dalam merancang aktiviti yang boleh dikatakan wajib menarik minat murid dengan VLE.