Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Nak percaya atau tidak.
Hakikatnya, kita perlu percaya kerana perkara ini sedang  dan benar-benar berlaku.

Bermula awal Mei lalu, warga guru dikejutkan dengan penamatan akses internet wifi broadband yang boleh diakses melalui peranti seperti Yes Go, Huddle, zoom dan lain-lain lagi. Penamatan ini menandakan data sebanyak 2GB telah ditarik balik dan kini guru hanya mempunyai data 2GB pada Yes Altitude sahaja.

The Return of Yes 1Bestarinet!

Pada 16 Mei 2018 yang lalu, sempena dengan sambutan Hari Guru di negara kita, pihak YES dengan bangganya telah memberi tawaran diluar jangkaan iaitu dengan menghadiahkan data internet tanpa had Yes 4G LTE bermula  dari 16 sehingga 17 Mei yang boleh diakses melalui peranti Yes Altitude. Saya sendiri sampai mati kutu tidak tahu nak buat apa dengan internet tanpa had yang berkelajuan tinggi itu. Pertama kali dalam sejarah. Itu pun 'dibelasah' juga data hampir 20 GB berjaya dihabiskan.

Dan kejutan kedua pula ialah,
tawaran yang tidak kurang hebatnya daripada pihak Yes kepada warga guru adalah tawaran add-on bagi data internet 4G LTE. Saya sendiri pun hampir tidak mempercayainya. Mana tidaknya, dengan harga RM1 kita boleh memperoleh 1GB data internet. Dan tawaran pecah kepala paling tinggi adalah 50GB data internet dengan harga RM50. Fuh....

Dan tawaran hebat ini tidak diketahui akan tamat pada bila masanya. Yang penting, gunakan sebaik mungkin tawaran hebat ini. Sangat-sangat berbaloi.

Ada rakan yang bertanya pelan data ini bagi pengguna talian Yes Prepaid. Malangnya, hanya warga pendidik sahaja ditawarkan dengan pelan ini.

lancarkan app MyYes4G pada peranti Yes Altitude anda.

Klik pada Add-on dan mulakan pilihan anda sebelum melanggan. 

Fuh...memang berbaloi kan!

Dalam kepala saya (sekadar mainan fikiran), tawaran ini berkemungkinan berpunca daripada :

1) Survey yang diperoleh hasil daripada kajian kepuasan pelanggan YES yang diisi setiap kali admin VLE membuat laporan berkenaan talian internet yang bermasalah di sekolah. Pada soalan kedua : Adakah anda akan mengesyorkan YES kepada keluarga dan rakan anda? Saya sentiasa pilih nombor 2 bagi mewakili jawapan TIDAK!.

2) Persaingan dengan syarikat telekomunikasi lain terutamanya Unifi yang menawarkan Pek Jasa untuk warga guru yang melanggan talian tetap streamyx mahu pun unifi di kediaman masing-masing dengan harga mampu milik sebanyak RM59 sebulan bersama telefon pintar percuma bagi 2000 pelanggan terawal.

3) Peralihan kuasa tampuk kerajaan pada hari ini di Malaysia daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan.

4) Penamatan sistem VLE di sekolah??? Adakah???