Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada penulisan kali ini, saya ingin berkongsikan buku program hari sukan sekolah untuk sesiapa yang mencari buku program dalam bentuk format .pub (Publisher).

Buku program hari sukan sekolah ini dihasilkan dalam bentuk saiz A5, separuh daripada kertas A4. Tujuan saya buat begitu kerana bagi saya mungkin gaya penghasilan ini lebih memudahkan saya. Saya boleh pilih mana-mana muka surat dan diletakkan sebelah menyebelah dalam satu helai A4.

Seandainya tuan/puan mempunyai gaya penghasilan buku program yang lebih mudah, boleh kongsikan di bahagian komen di bawah.