Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya pada kali ini. Pada hari ini saya ingin berkongsi cara atau SOP yang terkini bagi pentadbir VLE untuk memohon peranti baru Yes Altitude bagi guru baru posting dan juga guru tercicir. Penulisan saya adalah berdasarkan kepada pengalaman yang saya lalui.

Sejak Yes Altitude diedarkan kepada setiap guru, terdapat beberapa perubahan prosedur yang perlu diikuti oleh pentadbir VLE. Sehinggalah pada tahun 2017, barulah prosedur terkini diedarkan kepada setiap sekolah dan masih diguna pakai sehingga kini.

Bagaimanakah caranya?
Sudah semestinya urusan yang melibatkan harta selain kepunyaan sendiri memerlukan borang yang perlu dimuat turun, diisi dan dihantar kepada bahagian yang bertanggungjawab.

Saya mohon pada pertengahan tahun 2017 dan terima pada awal tahun 2018. Terima kasih yang terlibat dalam memproses borang permohonan saya. Gembira cikgu-cikgu sekolah :)


#Langkah Pertama
Sila layari laman Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia di <<SINI>>

#Langkah Kedua
Cari borang yang bertajuk
"BORANG PERMOHONAN BAHARU (bppdgb_v2)- UNTUK KEGUNAAN GURU"


Isikan medan yang wajib diisi oleh guru sahaja. Jangan isi pada bahagian pegawai jabatan pulak yer.

Pada bahagian terakhir borang, terdapat syarat permohonan yang perlu dipatuhi. 


#Langkah Ketiga
Isikan borang tersebut dengan lengkap.
Buatlah beberapa salinan sebagai 'Backup' dan disimpan di dalam fail ICT. Jangan lupa cop Guru Besar.


#Langkah keempat
Hantar borang tersebut ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT negeri masing-masing.

#Langkah Kelima
Tunggu proses diperingkat atasan. Jika terasa lama, anda digalakkan untuk melakukan 'Follow up'.


#Langkah Keenam
Borang permohonan diluluskan dan peranti akan dihantar kepada PPD masing-masing.


Langkah Ketujuh
Peranti akan diserahkan ke sekolah yang membuat permohonan oleh pegawai maklumat dan ICT daerah.