Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


FrogPlay? Tentunya ramai sudah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan FrogPlay. FrogPlay adalah modul tambahan dalam Frog VLE yang menyediakan kandungan percuma dan fungsi-fungsi tambahan untuk pengalaman kuiz yang berikut: 

Kuiz Pra-Bina
Bank kuiz yang sedia digunakan dan boleh ditugaskan kepada pelajar dengan pantas dan mudah. 

Analisis Lanjutan
Pengukuran prestasi pelajar dipertingkatkan, termasuk rakaman jawapan pelajar pada tahap soalan dan perbandingan prestasi pelajar dari semasa ke semasa. 

Pilihan Kuiz Untuk Pelajar
Pelajar boleh memilih kuiz yang ingin dijawab dari bank kuiz yang sedia digunakan. 

Permainan
Pelajar boleh bermain permainan yang menarik dan menyeronokkan di antara soalan untuk meningkatkan motivasi dan minat (jika diizinkan oleh guru).

Salah satu ciri-ciri menarik dalam FrogPlay ialah dengan kehadiran Avatar. Saya sendiri tidak berkesempatan menyampaikannya kepada semua murid mengenai FrogPlay dan Avatar. Hanya kelas-kelas tertentu sahaja yang menerima maklumat ini daripada saya, itu pun jika ada waktu senggang atau pun relief.

Pada minggu ini, Unit ICT telah merancang satu peraduan untuk semua murid sekolah saya. Tujuannya adalah untuk menyebar luas maklumat tentang FrogPlay. Dengan adanya peraduan ini, murid akan cuba meneroka Frog VLE dan cuba menghasilkan Avatar masing-masing berdasarkan kepada kredit yang dimiliki. 

Dengan cara ini, apabila murid teringin untuk mengemaskini Avatar masing-masing tetapi kredit tidak mencukupi, maka mereka "terpaksa" mengulang kaji pelajaran dengan cara menjawab kuiz yang berada di dalam FrogPlay.

Semakin kerap mereka mengulangkaji dan menjawab soalan kuiz dalam FrogPlay, semakin banyak kredit yang boleh dikumpulkan dan semakin banyak aksesori tambahan boleh dibeli untuk Avatar.

Saya hasilkan poster peraduan dengan menggunakan Canva.
Poster ini saya tampalkan di papan kenyataan maklumat sekolah, setiap kelas dan juga di makmal komputer. Selain daripada itu, promosi peraduan ini turut dijalankan di dalam dashboard utama Frog VLE sekolah seperti berikut :-


Setakat dipromosikan dalam masa 24 jam ini, saya sudah menerima beberapa penyertaan daripada murid SKTDI.



Di sini saya sertakan sedikit promosi oleh Frogasia mengenai FrogPlay.