Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Setiap hari Rabu, seperti biasa adalah kelas subjek Teknologi Maklumat Komunikasi, TMK tahun 4. Segalanya sudah disiapkan namun terjadi masalah yang mungkin terlepas pandang.

Objektif hari ini ialah setiap murid mesti boleh memasang kata laluan atau password pada dokumen Word yang dihasilkan.

Semuanya berjalan lancar. Namun di saat akhir, bertemu dengan satu masalah yang tidak dapat "disolvekan", diselesaikan. Masalahnya ialah dokumen yang telah diencrypt @ dipasang password gagal dimuat naik ke dalam Frog Vle. Jadi, ku terpaksa memerah otak mencari strategi penyelesaian. 


Akhirnya, ku temui bahawa dokumen yang diencrypt memang tidak dapat dimuat naik ke dalam Frog Vle. Dokumen yang bebas password, dapat dimuat naik selamba ke dalam laman. Patut la murid mengadu masalah macam ini.

Ku ingatkan talian internet bermasalah ataupun sistem Frog jem. Cuba juga dirumah pun masalah tetap sama. Mungkin ni la kot sebabnya. Kalau rakan pembaca temui jalan penyelesaiannya boleh la beri komen di bawah ni yer.

***Dokumen tetap boleh dihantar melalui emel, Google Drive dan dll. Cuma ku tidak terduga dokumen berkata laluan tidak dapat melepasi Frog Vle.