Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Pada jam 0530 bersamaan 25 Februari 2016, saya, seorang guru Admin Frog, Guru Besar dan seorang Murid VLE telah bergerak ke Sekolah Menengah Sains Banting. Satu pengalaman yang baru dalam dunia teknologi pendidikan pada hari ini. Kami menghadiri jemputan untuk Majlis Anugerah Kecermelangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.

Sebenarnya sekolah saya, SK Tun Doktor Ismail telah mewakili daerah Sabak Bernam untuk bersaing dengan daerah lain dalam kategori Admin, Guru dan Murid VLE. Saya sendiri bertanding dalam kategori Guru VLE. Penilaian telah dilakukan pada bulan November lalu di BTPN Selangor, Shah Alam. Sebanyak 26 kategori dipertandingankan.


 

Majlis bermula pada pukul 10 pagi. Tetamu kehormat tidak dapat hadir iaitu Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor (Pengarah JPN Selangor). Walaupun begitu, majlis dirasmikan oleh Tuan Haji A. Rahman bin Haji Ngit (Ketus Sektor Akademik) sebagai penggantinya.

Bergambar seketika

Bersama Tuan Guru Besar dan Murid VLE SK Tun Doktor Ismail

Bergambar dengan pegawai PPD Sabak Bernam.

SK Tun Doktor Ismail berjaya!