Assalamualaikum.
Tahun ini sangat mencabar kerana saya diberi tanggungjawab mengajar subjek Bahasa Inggeris. Selama menjejak kaki keluar dari institut perguruan, inilah tahun pertama saya mengajar subjek teras selain daripada subjek Matematik. Buat biasa, kita kasi redah dengan selamba.
Pada minggu ini, saya menjalankan aktiviti mengenai "Language Art: The King of Kites". The Kings of Kites ini adalah sebuah cerita pendek yang perlu dipelajari oleh murid tahun 4. Kisahnya adalah mengenai seorang budak lelaki, Anil yang ingin menerbangkan 12 buah layang-layang pada hari perkahwinan di kampungnya sedangkan ibunya memerlukan bantuannya menyiapkan kesemua pakaian yang perlu dijahit.
Sebelum meneroka cerita sebenar, saya mengajak murid menyatakan segala macam yang dilihat mengenai gambar pada kulit depan dan belakang buku cerita The King of Kites. Murid diperkenalkan dengan istilah buku cerita seperti "Title, Main character, authors, publisher, ISBN number, synopsis".
Saya telah mengajak murid melihat video Youtube mengenai cara membuat sebuah layang-layang. Setelah itu, murid perlu merujuk buku cerita "The King of Kites" halaman 9 dan 10 bagi melengkapkan peta minda (I-Think) yang meminta murid menyenaraikan alatan yang diperlukan dalam membuat layang-layang dan menjahit sebuah pakaian.
Saya jalankan aktiviti ini menggunakan Frog Vle. Tugasan murid dijalankan dengan menggunakan Google Drawing dan Google Slide. Murid hanya perlu "Sign In" menggunakan akaun YES dan boleh terus mengisi jawapan yang diminta. Murid hanya perlu kongsikan hasil kerja mereka dengan alamat emel khas yang saya bina sendiri.
Murid menyiapkan latihan dalam kelas. Murid mengambil masa kerana talian internet agak terganggu. |
Paparan emel saya. Murid yang telah berjaya menghantar tugasan. Atas tu emel rekaan saya. Senang murid nak ingat. |
Sekian saja. Terima kasih!
0 Comments