Archive for November 2015

(INFO) : Jom Bina Sebuah Infografik Percuma dengan Piktochart!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Infografik adalah istilah yang mengambarkan sebuah grafik/gambar rajah digital yang menyampaikan sesuatu maklumat yang sangat berguna dalam bentuk yang sangat menarik. Macam seperti poster tetapi susunan grafiknya adalah lebih menarik perhatian penonton. Sebagai mana yang diulas oleh pengarang, Cikgu Razif melalui blognya iaitu Cikgu Siber, katanya infografik boleh dijadikan bahan untuk mata pelajaran sejarah yang mengambarkan garis masa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu Dahulu.


Melalui perkongsian itu, saya telah pun mencipta sebuah akaun percuma dengan akaun YES dan mula membina sebuah Infografi sendiri yang berkisar kepada platform abad 21 di dalam sistem pendidikan iaitu Frog Vle. Banyak template percuma boleh dicuba. Hanya perlu pilih mengikut kesesuaian maklumat sahaja.


Ianya sangat menarik dan senang digunakan. Cuma ianya agak sukar sedikit kerana memerlukan daya kreativiti dalam menyusun maklumat untuk nampak menarik dan hebat!

Ayuh cuba ilmu baru ini. Jadilah sebahagian daripadanya.

Infografik pertama yang saya cuba bina dengan menggunakan Piktochart.

Jom like page Kelab Frog SKTDI di Facebook sekarang!

DSKP & PELAPORAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6 --- 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Untuk kegunaan para pendidik, khususnya guru yang akan mengajar Pendidikan Kesihatan pada tahun 2016 nanti, saya telah sediakan sebuah folder, Google Drive yang lengkap dengan rujukan seperti DSKP, Pelaporan, Modul PDP dan juga PEERS.

Saiz folder adalah 21MB.



08 November 2015
Tag :

Laman Permainan Flash Matematik Frog Vle + Konsep Tabung

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.



Sebagai mana yang kita sedia maklum, murid-murid baru sahaja selesai menjalani ujian akhir tahun. Dengan berbaki lagi lebih kurang 3 minggu sebelum sesi persekolahan 2015 ditutup , aktiviti murid perlu disusun dengan baik agar masa yang terluang ini dapat digunakan sebaik mungkin di sekolah.

Bagi mengisi kekosongan ini, saya telah membina satu laman permainan flash subjek matematik yang lebih bersifat sebagai latihan ulangkaji. Terdapat banyak website yang menawarkan permainan flash percuma di luar sana. Oleh itu, saya telah memasukkan satu persatu permainan yang telah dipilih mengikut kesesuaian murid ke dalam site Frog Vle.

Di sini saya gunakan konsep daftar duhulu sebelum masuk. Semasa mendaftar, setiap murid wajib/perlu meletakkan jumlah derma yang ingin disumbangkan kepada laman ini. Derma seikhlas hati. Sampai satu masa nanti, kita dapat menilai sejauh mana nilai tabungan laman ini terkumpul. Ini menjadikan satu kelainan kepada laman permainan sebelum ini.

Laman Permainan boleh dilawati di


02 November 2015

# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -