Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Infografik adalah istilah yang mengambarkan sebuah grafik/gambar rajah digital yang menyampaikan sesuatu maklumat yang sangat berguna dalam bentuk yang sangat menarik. Macam seperti poster tetapi susunan grafiknya adalah lebih menarik perhatian penonton. Sebagai mana yang diulas oleh pengarang, Cikgu Razif melalui blognya iaitu Cikgu Siber, katanya infografik boleh dijadikan bahan untuk mata pelajaran sejarah yang mengambarkan garis masa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu Dahulu.


Melalui perkongsian itu, saya telah pun mencipta sebuah akaun percuma dengan akaun YES dan mula membina sebuah Infografi sendiri yang berkisar kepada platform abad 21 di dalam sistem pendidikan iaitu Frog Vle. Banyak template percuma boleh dicuba. Hanya perlu pilih mengikut kesesuaian maklumat sahaja.


Ianya sangat menarik dan senang digunakan. Cuma ianya agak sukar sedikit kerana memerlukan daya kreativiti dalam menyusun maklumat untuk nampak menarik dan hebat!

Ayuh cuba ilmu baru ini. Jadilah sebahagian daripadanya.

Infografik pertama yang saya cuba bina dengan menggunakan Piktochart.

Jom like page Kelab Frog SKTDI di Facebook sekarang!