Archive for September 2015

Kahoot! dan Kelas Matematik Saya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mempunyai masa pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dengan tahun 3 pada hari ini. Topik yang difokuskan adalah mengenai Masa & Waktu. Murid diajar dan ditekankan cara membaca dan menyebut masa jam dengan betul. Jarum panjang dan pendek sangat penting dalam penentuan waktu yang tepat.

Dan pada hari ni juga saya tergerak hati untuk menggunakan aplikasi online Kahoot!. Saya sendiri turut teruja dengan aplikasi ini. Apatah lagi murid-murid yang gembira tidak terhingga. Latar belakang murid-murid saya adalah daripada keluarga kampung yang bekerja sebagai pekebun dan pesawah padi. 
Saya hanya memaparkan 5 buah soalan yang memerlukan murid memilih satu jawapan yang betul daripada 4 jawapan yang diberikan. Saat ini, murid teruja dan tidak sabar untuk menjawab kerana markah dan kedudukan markah terus terpancar pada masa waktu itu ataupun secara langsung.

Murid berlumba-lumba memasukkan nama kumpulan mereka di dalam Kahoot!

Hasil jawapan murid terpapar di skrin.

Mata tak lekang dari skrin/ layar LCD

Tak sabar melihat nama kumpulannya berada di skrin hadapan.

Nombor '25' mewakili jumlah masa dalam saat yang tinggal dan nombor '1' jumlah kumpulan yang telah hantar jawapan. 
Soalan mengenai masa dalam Kahoot!


30 September 2015

"Pembuli Siber" Alam Maya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sumber
Sumber
Sumber Infografik
27 September 2015

Pedagogi Abad ke 21 : Flipped Classroom!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



'Flip' jika difahami membawa maksud sebagai terbalik dan 'Classroom' bermaksud kelas ataupun bilik darjah/kuliah. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Flipped Classroom" ? Adakah struktur fizikal kelas yang disusun terbalik, atas ke bawah?

Maksud 'Flipped Classroom' dari Google.

'Flipped Classroom' atau FC merupakan salah satu pedagogi/teknik pengajaran  abad ke 21. Mengapa abad ke 21? Kerana abad ini semuanya adalah akses kepada teknologi dan pendidikan semasa memang tidak boleh lari dengan kewujudannya. FC merujuk kepada amalan pengajaran guru yang berbeza dengan biasa/tradisional.

Ianya dimulakan dengan penyediaan sumber/video interaktif pengajaran guru di laman media seperti Youtube. Murid akan mengakses bahan tersebut(video) dan mempelajarinya hanya di atas meja komputer rumah mereka. Selepas itu, murid akan berada di kelas dan menjalankan kerja kursus/projek/tugasan/kuiz/pembentangan hasil kerja. Guru hanya sebagai fasilitator yang merancakkan kelas dengan soalan-soalan berfikir aras tinggi/KBAT.

Bagaimana Flipped Classroom mengantikan kelas trandisional.


Asal usul FC
Gambaran bagaimana FC dilaksanakan

Sumber dari Education Infographics.

Sumber infografik

Kuiz Online Interaktif : Kahoot!

Assalamualakum dan salam sejahtera.


Kelas abad ke 21 dan pedagogi guru adalah saling berkait rapat. Para pendidik tidak lagi boleh duduk berehat sambil menimati gaji setiap bulan yang diberikan. Tetapi pendidik perlu berusaha mengejar zaman teknologi yang penuh dengan cabaran. Kalau kita tidak bergerak sekali, kita akan terlewat dan menjadi guru yang ketinggalan.


Komponen cadangan kelas abad ke 21.

Satu aplikasi kuiz online yang sangat menarik untuk dipraktikkan di dalam kelas adalah Kahoot. Bunyi agak pelik tetapi inilah yang menjadi buah mulut di kalangan minoriti guru pada hari ini. Oleh itu, saya berharap agar dengan perkongsian ini para pembaca dapat mengetahui serba sedikit situasi semasa pembelajaran alaf ke 21 dan menjadi warga majoriti guru.


Kahoot sangat mudah dibina oleh mana-mana guru. Kahoot adalah soalan kuiz online yang dibina sendiri oleh guru subjek. Guru perlu mendaftar dan memiliki akaun secara percuma terlebih dahulu sebelum soalan dibina. Kahoot menjadikan kelas menarik apabila murid menjawab kuiz secara online dan paparan markah terus terpapar di skrin hadapan kelas. Markah siapa yang mendahului kuiz akan dapat dilihat terus dan ini menjadikan murid-murid seperti hilang kawalan!

Dashboard akaun Kahoot milik saya.



Cara membina soalan kuiz dengan Kahoot!

Peralatan penting perlu disediakan terlebih dahulu seperti komputer guru yang mempunyai sambungan sedia dengan projektor / LCD, peranti tablet atau pun netbook murid dan yang paling penting adalah talian internet, Tanpa internet, kelas bagai tidak bernyawa!




Guru boleh membina dan menjalankan kuiz di sini, https://create.kahoot.it/.

Murid boleh menyertai kuiz di sini, https://kahoot.it/.

Proses ini berjalan serentak. Tanpa guru atau murid kuiz ini tidak dapat berjalan.
  1. Guru perlu membuka laman kuiz Kahoo terlebih dahulu.
  2. Murid pula membuka https://kahoot.it/.
  3. Di paparan skrin projektor guru, terdapat nombor PIN yang perlu disalin dan dimasukkan ke dalam laman kuiz murid.
  4. Di skrin murid, hanya 4 jenis bentuk objek jawapan yang dapat dilihat.
  5. Murid dikehendaki memilih dan menekan bentuk yang betul berdasarkan soalan di skrin hadapan kelas.
  6. Penilaian dilakukan dan pemenang ditentukan dalam selesai kuiz di jalankan. Hebat bukan!
Salin dan masukkan PIN ke dalam peranti milik murid. 
Paparan 4 jenis warna dan bentuk pada peranti murid dan soalan kuiz pada peranti guru.

Papan markah murid. Yang ini adalah contoh yang saya jawab sendiri. Keputusan markah boleh dimuat turun. Hebat!

Murid boleh menilai kuiz guru (skrin murid). Takutnya!

Ini adalah contoh penilaian yang saya buat sendiri (skrin guru).

Murid diberi pujian (skrin murid)

25 September 2015

Seminar Pertama Saya : Seminar 3i

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Letih dan menyeronokkan !

Itulah ungkapan yang boleh saya gambarkan ketika masa selesai mengikuti sebuah seminar anjuran syarikat terbesar dunia iaitu Google. Seminar 3i merupakan singkatan kepada Seminar Ilmu. Integrasi. Inovasi yang bertemakan 'Terokai Minda Bersama' yang berlangsung selama dua hari. Semua peserta yang menghadiri seminar ini boleh dikatakan adalah warga pendidik yang ingin menambah ilmu dalam bidang ICT.

Hari Pendaftaran Seminar 3i

Saya adalah seorang guru yang berasal dari daerah Sabak Bernam. Alhamdulillah, rupa-rupanya saya tidak berseorangan kerana dua orang lagi rakan saya turut serta hadir dalam seminar ini. Seorang ustaz dari SK Khir Johari dan seorang guru bahasa Inggeris dari SJK(T) Ladang Sabak. Kesemuanya adalah lelaki. Selain guru biasa , saya turut menerima maklumat bahawa pengetua, guru besar, pegawai PPD, blogger terkena turut serta dalam seminar 3i ini. Wow !


Sepanjang dua hari perkongsian ilmu teknologi terkini oleh para pembentang, saya peroleh banyak maklumat yang boleh dibawa ke sekolah nanti. Bermula pada hari Sabtu, hari pertama seminar, saya dan rakan baik memasuki kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Normie, GEG daerah Gombak mengenai Chrome Extensions & Applications. Beliau berkongsi mengenai apps dan extension di dalam Chrome yang sangat berguna untuk warga pendidik. Sebagai contoh adalah Awesome Screenshot (merakam paparan skrin komputer dengan mudah), Turn Off the Light (Mengelapkan skrin ketika menonton YouTube), URL Shortener (Memendekkan URL yang panjang), AdBlock (menghalang iklan/pop up yang tidak diingini), dan lain-lain lagi.

Saya bersama Cikgu Normie yang Superb! : Google Extensions.

Jam seterusnya, saya menghadiri pula Cool Google Tool to Help with English yang disampaikan oleh Martin Mckay. Ianya merupakan sebuah Chrome extension jenis Premium yang mana boleh digunakan selama 30 hari. Extension jenis ini sangat berguna untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak yang mempunyai kesukaran dalam menguasai bahasa Inggeris. Extension boleh dipasang dengan melayari Google Web Store > Read & Write.

Read & Write Extension membantu menguasai bahasa Inggeris.

Sebelah petang hari Sabtu, saya melihat pula Hangouts : Keeping in Touch with the World yang disampaikan dalam bahasa Inggeris oleh Pn Tan Shin Yee. Sangat mengujakan di mana dengan apps ini kita mampu membawa murid-murid sekolah berhubung dengan murid sekolah lain di dalam atau pun luar negara. Beliau telah menjalankan 'Twinning Program' dengan sekolah di luar negara dan hasilnya sangat menarik dan murid mampu bertukar-tukar maklumat sesama mereka. Inilah hasrat pendidikan Malaysia.

Hangouts : Keeping in Touch with the World oleh Pn Tan Shin Yee

Esoknya pula, saya ke slot Ustaz Hanif Zaimar mengenai Laman Inovasi Frog VLE. Slot inilah yang mengerakkan kaki saya untuk menghadiri seminar ini. Perkongsian yang sangat menarik dan berjaya meningkatkan motivasi diri saya. Beliau bergerak sangat aktif dengan Frog Vle walaupun baru 9 bulan beliau sebagai Frog Admin sekolah. Hebat !





Slot terakhir saya adalah mengenai Google Calander yang disampaikan oleh Ng Joo Hui. Selalunya kita banyak bergantung kepada kalender percuma yang diperoleh semasa membeli kasut mahupun baju seluar. Tetapi dengan Google Calander kita mampu membawa ke mana-mana saja tarikh penting yang sukar diingati di dalam telefon pintar. Walaupun masa yang singkat tetapi bermakna dan mampu membuka minda warga pendidik.

Peserta Seminar : Slot Google Calander.

Majlis seterusnya adalah acara penutupan. Semua peserta seminar berkumpul di tingkat 11. Acara yang dinanti-nantikan oleh semua peserta iaitu cabutan bertuah berada ditingkat ini. Hadiah menarik adalah sebuah Chromebook, Power Bank, Chrome Cast, Voucher Google Level 2 dan lain-lain lagi. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Rezeki saya mungkin di masa yang lain. 
Slot Penutup hari pertama seminar.
Kad Frog Vle.
Luqman Jauhari, JU Frog Selayang
Peserta memenuhi tempat duduk sebelum majlis penutup berlangsung.
Nak tunjuk sikit.

Saya bersama Blogger, CikguIK dari kiri, JU Frog Selayang, Luqman Jauhari, dan Bekas JU Frog, Suhaimi Abu.





Mendengar taklimat dari wakil YTL mengenai World Largerst Lesson.


Bergambar PERCUMA.

Baucer Tunai untuk makan tengah hari

Slot tersalah masuk. Nak masuk level 1, termasuk level 2. Tapi tak per la.

23 September 2015

# Bunting Matematik

# Ikuti Blog Ini

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Koleksi Buku Program

# Koleksi Buku Program
Disediakan dalam Powerpoint size A4

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -