Archive for Jun 2015

Masukkan Powerpoint dalam FrogVLE

Assalamualaikum dan salah sejahtera.

Banyak cara untuk kita masukkan slide PowerPoint ke dalam site pembelajaran. Cara yang sering saya gunakan dengan menjadikan slide powerpoint, ppt kepada bentuk flash yang berformat sebagai swf. Rujuk entri blog ini sebagai rujukan bagaimana saya menukarkan powerpoint kepada flash.

Mengapa flash? Kenapa tidak boleh terus ke dalam site?
Saya mengemarinya kerana keaslian kesan effek transisinya masih berjaya dikekalkan. Jika anda menggunakan google slide, efek melompat, melintang, menegak, berputar-putar tidak dapat ditunjukkan. Jadi, amatlah rugi jika kita mempunyai slide powerpoint yang 'power' tetapi tidak dapat ditunjukkan di dalam site pembelajaran.



















Beza "Can View" dan "Can Contribute" dalam Frog VLE. Apakah kesannya?



Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan.



Kali ini saya ingin berkongsikan satu cara yang teramat penting dalam membina site dan berkongsi dengan murid.

Dalam tutorial kali ini, anda akan mengetahui perbezaan di antara "Can View" dan "Can Contribute". Jika anda salah dalam memilih pilihan ini, maka site yang telah dibina akan mengalami sedikit masalah seperti mana yang telah terjadi kepada saya baru-baru ini.

Masalah yang terjadi ialah saya telah meletakkan widget Wall dalam site. Akibat memilih "Can View" untuk site itu, maka murid tidak dapat memberi respon yang sewajarnya dalam Wall yang disediakan.

Jom lihat cara menyelesaikannya.

Penyelesai Masalah Signal Wifi Tidak Sampai : Wifi Extender

Assalamualaikum dan salam 1 kedamaian.


Isu signal wifi yang tidak sampai sering menjadi masalah yang utama dan memeningkan kepala. Seperti admin di sekolah hulu Kapit dahulu, masalah signal wireless yang tidak sampai ke rumah. Jika ada pun hanya di kawasan depan rumah yang hanya bersignalkan satu atau pun dua bar sahaja. 

Pada mulanya admin bermula dengan wifi booster, dengan bahasa pasarnya ialah penarik wireless. Alat ini boleh dikatakan hebat kerana mampu menarik signal wireless dari punca utama internet. Admin pernah cuba di tepi seberang sungai, dapat menjangkau dalam 3 bar signal dengan jarak kira-kira 400 meter. Masalahnya ialah hanya seorang sahaja boleh gunakanya pada satu masa. Masalah lain pula ialah keupayaan alat untuk berkomunikasi / response send & received dengan punca wifi yang agak lambat.

Rumah admin dengan punca wifi di sekolah dulu kira-kira dalam 100 meter sahaja. Tetapi disebabkan faktor persekitaran yang banyak halangan seperti pokok, bentuk muka bumi setempat dan kedudukan rumah yang padat, menyebabkan signal wifi yang sampai ke rumah admin adalah lemah.

Penyelesaian lain ialah dengan menggunakan wifi extender. Ianya berasal daripada istilah bahasa inggeris yang bermaksud pengulang signal sedia ada. Punca wifi sekolah admin dulu diberi nama sebagai Sense Wifi.

Apabila extender dihidupkan dan melalui setting yang amat mudah, akhirnya admin berjaya mengulang signal wifi utama. Lagi pun, bila extender telah dipasang, jiran sebelah rumah boleh turut menumpang kasih wifi kita dan masa yang sama saham akhirat pun semakin bertambah, Insyallah.


Berminat?
Nak beli macam mana?
Berapa harga seunit?
Mahal ke tak?


Admin ambil dari Lelong.com
Dulu admin beli murah sekitar RM70. Sekarang ni bila kene cas 6% GST, katanya mampu menurunkan harga barang, admin hanya boleh beristighfar banyak-banyak.

Pesanan admin, masa nak beli online, sila pastikan terlebih dahulu tulisan "extender" ada pada iklan tersebut. Jangan main beli ikut suka. Nanti salah beli menyesal tak sudah.

Satu lagi, admin kurang berminat dengan extender yang tiada antena kerana signal yang dihasilkan nanti agak lemah dan kurang menyeluruh. Extender jenis plug pada soket hanya sesuai digunakan dalam bilik yang berdekatan sahaja. Biasanya extender berantena mempunyai kekuatan antena 5dbi. Jika ada yang bawah daripada itu, toksah la beli. 

Sekian dikongsikan.



09 Jun 2015

JPEG, GIF & PNG : Bila masa nak guna?

Assalamualaikum dan salam kedamaian.

Gambar yang anda miliki sekarang di dalam hardrive tentulah berbagai-bagai jenis format dan saiznya. Dunia teknologi lebih mengalakkan manusia pada hari ini supaya memuat naik gambar ke dalam internet untuk dikongsikan dengan rakan maya yang lain. Tetapi, tahukah anda, format gambar apakah yang sedang anda muat naik itu?

Gambar yang sudah dimuat naik akan dapat diihat oleh semua rakan lain. Walaupun begitu, gambar yang bersaiz agak besar yang telah dimuatnaik tadi akan menyebabkan masalah lain berlaku. Contohnya, masa yang diambil terlalu lama untuk gambar tersebut dipaparkan. Pernahkah kita alami masalah seumpama ini di mana gambar-gambar rakan di dalam website atau blog memakan masa yang lama untuk dipaparkan satu persatu. Hal ini disebabkan saiz gambar yang terlalu besar dimuatnaik oleh si pemuatnaik itu.

Akibat lain ialah badwidth bagi pengguna broadband ataupun internet secara prepaid akan lebih cepat mengalami kehabisan quota yang mengerikan. Baru sahaja selesai lihat gambar perkahwinan saudara mara, quota internet hanya tinggal beberapa Mb sahaja. 

Oleh itu, ambil tahulah perbezaan di antara JPEG vs GIF vs PNG.


Apa bezanya? Silakan baca dan bahan boleh dimuat turun.
Kandungan bahan disediakan dalam bahasa Inggeris.









08 Jun 2015

Jom Check Bandwidth Blog @ Website Anda.

Assalamualaikum dan salam 1 kedamaian.

Entri kali ini lebih kepada sekadar untuk mengambil tahu dan juga bertujuan suka-suka. Walaupun begitu, entri ini juga boleh dipandang serius bagi golongan yang mempunyai website yang dibayar sendiri. Bagi admin, blog Photoinzone merupakan tapak blogspot yang percuma yang tidak memerlukan sebarang ringgit dan sen untuk dikeluarkan.

Di sini saya ada satu lama sesawang yang boleh mengukur jumlah saiz dalam Mb bagi sesebuah "page" blog kita. Bagi blog admin, di bawah ini adalah hasilan pengiraan laman tersebut.


Hasilnya di sini,
Blog buruk admin ni, masa untuk 'loading' sebanyak 4.64 saat manakala saiz halaman blog admin adalah 3.1 mb sahaja.

Admin ada juga main test dan cuba pada satu website photografer rakan admin, malangnya masa yang lama diambil dan jumlah saiz halamannya hampir mencecah 300mb. Dasyat. Jenuh nak loading dan ambil masa yang sangat lama. Masa 'loading' bergantung kepada kelajuan internet jugak. Kalau hidup di Korea, memang laju la.

Kalau nak test jugak, boleh klik pada link di bawah ini

Koleksi Lembar Bahasa Melayu DBP & KPM


Terdapat 32 keping koleksi gambar Lembar Bahasa yang dikongsikan. Untuk memudahkan pengguna, saya telah simpulkan dalam fail zip.

Boleh download di bawah sini.
klik pada gambar muat turun di bawah.



Contoh Personal Dashboard Frog VLE

Assalamualaikum dunia.

*Ada bahan yang boleh download di bawah.

Alhamdulillah, genap sebulan lebih aku dilantik sebagai Guru Muda 1 Malaysia untuk Fog Vle. Sebelum aku berpindah ke sekolah baru, di SKTDI, Sabak Bernam aku bertugas di SENSE, Kapit. Sepanjang 3 tahun aku di SENSE, aku telah pun menjawat jawatan sebagai Admin Frog Vle. Kiranya, ilmu yang telah ku tahu semasa di hulu Sarawak dapat ku gunakan sedikit sebanyak di SKTDI.

Walaupun kedengaran macam power, tetapi balik kepada asal ialah aku hanya guru biasa. Ilmu yang didapat tidak mencukupi dan setelah aku menghadiri kursus GM1M, barulah aku tahu mengenai Katak di Alam Maya, Frog VLE.

Setelah data Frogku dipindah dari stesen lama ke baru, kecewa dan kecewa apabila laman peribadi dan site PDP buatan sendiri tidak dapat dipindahkan bersama. Inilah kelemahan Frog VLE yang belum diselesaikan.

Itu cerita lama di Sarawak. Sekarang sudah di Selangor. Jom aku kongsikan contoh laman peribadi Frog VLE untuk warga pendidik. Ini adalah cadangan untuk menampakkan laman kita lebih teratur dan menarik atau pun syok sendiri sebab hanya kita saja boleh lihat laman itu. 




Gambar dashboard 3 Jun 2015.



**Inilah dashboard saya yang digunakan kini, November 2015.
Gambar dibentuk daripada hasil cantuman 3 keping gambar.


Download Contoh Amalan Terbaik Frog Vle 
03 Jun 2015

Cara Masukkan Image Slideshow ke dalam Blog

Assalamualaikum dan salam 1 Kedamaian.


Baru-baru ini, aku ditanya.....

"Macam mana ko letak gambar dalam blog ye?"

"Aku punya gambar ada banyak, akibatnya blog aku akan jadi berat untuk loading bila letak semuanya dalam blog."


Nah...
aku ajarkan cara yang mudah digunakan. Aku guna aplikasi Google sendiri iaitu Picasa. Picasa???? Bukan ke itu tempat untuk kita himpun segala gambar kita dalam tu???

Tu la...
Jom guna, baru kita tahu seronoknya. Cuma masalahnya ialah kita tak dapat nak view gambar yang minat untuk dilihat. Kita terpaksa view satu persatu gambar yang ditayangkan sehingga habis. 

Senang cerita...jom tengok.

# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -