Assalamualaikum dan salam 1 kedamaian.


Isu signal wifi yang tidak sampai sering menjadi masalah yang utama dan memeningkan kepala. Seperti admin di sekolah hulu Kapit dahulu, masalah signal wireless yang tidak sampai ke rumah. Jika ada pun hanya di kawasan depan rumah yang hanya bersignalkan satu atau pun dua bar sahaja. 

Pada mulanya admin bermula dengan wifi booster, dengan bahasa pasarnya ialah penarik wireless. Alat ini boleh dikatakan hebat kerana mampu menarik signal wireless dari punca utama internet. Admin pernah cuba di tepi seberang sungai, dapat menjangkau dalam 3 bar signal dengan jarak kira-kira 400 meter. Masalahnya ialah hanya seorang sahaja boleh gunakanya pada satu masa. Masalah lain pula ialah keupayaan alat untuk berkomunikasi / response send & received dengan punca wifi yang agak lambat.

Rumah admin dengan punca wifi di sekolah dulu kira-kira dalam 100 meter sahaja. Tetapi disebabkan faktor persekitaran yang banyak halangan seperti pokok, bentuk muka bumi setempat dan kedudukan rumah yang padat, menyebabkan signal wifi yang sampai ke rumah admin adalah lemah.

Penyelesaian lain ialah dengan menggunakan wifi extender. Ianya berasal daripada istilah bahasa inggeris yang bermaksud pengulang signal sedia ada. Punca wifi sekolah admin dulu diberi nama sebagai Sense Wifi.

Apabila extender dihidupkan dan melalui setting yang amat mudah, akhirnya admin berjaya mengulang signal wifi utama. Lagi pun, bila extender telah dipasang, jiran sebelah rumah boleh turut menumpang kasih wifi kita dan masa yang sama saham akhirat pun semakin bertambah, Insyallah.


Berminat?
Nak beli macam mana?
Berapa harga seunit?
Mahal ke tak?


Admin ambil dari Lelong.com
Dulu admin beli murah sekitar RM70. Sekarang ni bila kene cas 6% GST, katanya mampu menurunkan harga barang, admin hanya boleh beristighfar banyak-banyak.

Pesanan admin, masa nak beli online, sila pastikan terlebih dahulu tulisan "extender" ada pada iklan tersebut. Jangan main beli ikut suka. Nanti salah beli menyesal tak sudah.

Satu lagi, admin kurang berminat dengan extender yang tiada antena kerana signal yang dihasilkan nanti agak lemah dan kurang menyeluruh. Extender jenis plug pada soket hanya sesuai digunakan dalam bilik yang berdekatan sahaja. Biasanya extender berantena mempunyai kekuatan antena 5dbi. Jika ada yang bawah daripada itu, toksah la beli. 

Sekian dikongsikan.