Archive for Disember 2014

Padi : Tuaian Moden - Jentera Padi

Asalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.



Beras berasal dari padi yang dikupas dan dibasuh.
Padi ditanam di petak sawah.
Zaman sekarang, sawah sudah serba moden.
Disediakan sistem pengairan yang baik dan teratur.

Untuk tahun 2014 ini, padi yang sudah dituai adalah sebanyak 3 kali di tempat aku. Alhamdulillah, cuaca mengizinkan mesin padi untuk mendarat di sebelah rumahku untuk mengutip hasil padi yang sudah sedia dituai. Lokasi gambar adalah di Parit 3 Barat, Sungai Besar, Selangor.

Kelantan > Terengganu > Pahang > N9 > Selangor.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Banjir besar yang melanda negeri pantai barat mengakibatkan ratusan ribu mangsa banjir telah kehilangan tempat tinggal kerana. Seperti biasanya pada bulan Disember adalah merupakan cuti persekolahan dan aku telah menghabiskan sisa cuti sekolah di negeri Kelantan. 

Keadaan banjir tahun ini adalah tidak diduga sama sekali. Aku dan keluarga tersekat di Kelantan dan aku bersyukur kepada Allah aku telah selamat kembali ke Selangor semula walaupun beberapa episod cemas berlaku di sepanjang jalan.

Pabila terdengar berita sebuah lori ayam dan sebuah kereta wira terhumban ke dalam tanah mendap di kawasan jalan Grik - Jeli, hati mula menjadi tidak tenang. Kebetulan juga pada waktu itu banjir turut melanda Terengganu. Dalam fikiran cuma berharap pada laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Semasa air mula menaiki Bachok iaitu jajahan terakhir Kelantan yang masih belum dinaiki air, aku pun bergerak pulang melalui LPT dengan bersama 2 buah kereta lain. Setibanya di LPT selepas Kuantan, alangkah terkejut apabila kesesakan teruk berlaku atas lebuhraya.

Kami telah disuruh bergerak keluar di Maran dan seterusnya mengambil simpang keluar di Lanchang untuk sampai ke Kuala Lumpur. Alangkah malangnya apabila jalan menuju ke Lanchang telah mula dipenuhi air dan laluan telah ditutup.

  ( sesak 2 jam lebih di atas lebuhraya LPT 2 )



















Hanya satu peluang terakhir iaitu bermalam di Kuantan. Akhirnya kami tidur semalam di Hotel Sri Malaysia Kuantan sebelum bergerak ke Kuala Lumpur keesokan harinya dengan melalui laluan Kuantan - Muadzam - Kuala Pilah - Senawang - Kuala Lumpur.

 ( sesak lagi di Keratong - Jempol )

  ( sesak lagi di Keratong - Jempol )



  ( kaki kebas,  solat jama qasar dulu )

  ( sesak lagi di Kuala Pilah - Senawang )





 ( Lepas gambar ni, sesak hilang ibarat daun ditiup angin. Pening kepala memikir pergi ke mana )

Rekod peribadi terpecah apabila memandu untuk kedua-dua hari tersebut selama 30 jam hanya di dalam kereta. Sepanjang kesesakan yang teruk di kawasan Tol Maran dan jalan lama Kuala Pilah, aku telah menghasilkan beberapa keping gambar di kawasan tersebut sementara menunggu kereta melepasi kawasan sesak yang boleh dikatakan mengalahkan sesak di hari raya!

Dalam ingatan

Bertolak dari Kelantan
Pukul 9 pagi, 27 Dis 2014

Tiba di Sungai Besar
Pukul 12 tengah malam, 29 Dis 2014



Selamat Hari Lahir yang ke-3

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua.

Kali ni aku hanya nak muat naik gambar sambutan hari lahir kecil-kecilan anak kakak ipar aku di rumah mentua, Kelantan Darul Naim. Nak masak resepi tema hari lahir, aku tak berapa pandai. Amek gambar saja lah.

Waktu malam dan cahaya suram, ditambah pula dengan keadaan lens lama Sigma. Untuk elak gambar kabur, aku letaklah ISO yang agak tinggi dalam 3200 pada body Nikon D7100 tanpa sebarang flash.

Lens Sigma yang ak guna adalah 18-200mm model zaman bile ntah yang aku beli secara online. Yang aku tak gemar bila suhu cahaya gambar / white balance keluar dari lens ni agak 'warm'..nampak kekuningan. Dah la aperture terbesar die hanya pada f3,5. Gunakanlah sebaik mungkin.
















KAPIT, SARAWAK BUMI KENYALANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Setelah genap tiga tahun merantau ke tempat orang sebagai pendidik di daerah Kapit dalam negeri Sarawak, aku masih belum lagi puas mengelilingi bandar kecil ini yang mempunyai keindahan hutan yang menarik untuk ku sempat rakamkan. Insyallah, jika aku punyai masa dan kesempatan akan aku lakukannya satu hari nanti sebelum aku mengangkat kaki meninggalkan tempat ini.


# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -