Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Banjir besar yang melanda negeri pantai barat mengakibatkan ratusan ribu mangsa banjir telah kehilangan tempat tinggal kerana. Seperti biasanya pada bulan Disember adalah merupakan cuti persekolahan dan aku telah menghabiskan sisa cuti sekolah di negeri Kelantan.
Keadaan banjir tahun ini adalah tidak diduga sama sekali. Aku dan keluarga tersekat di Kelantan dan aku bersyukur kepada Allah aku telah selamat kembali ke Selangor semula walaupun beberapa episod cemas berlaku di sepanjang jalan.
Pabila terdengar berita sebuah lori ayam dan sebuah kereta wira terhumban ke dalam tanah mendap di kawasan jalan Grik - Jeli, hati mula menjadi tidak tenang. Kebetulan juga pada waktu itu banjir turut melanda Terengganu. Dalam fikiran cuma berharap pada laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Semasa air mula menaiki Bachok iaitu jajahan terakhir Kelantan yang masih belum dinaiki air, aku pun bergerak pulang melalui LPT dengan bersama 2 buah kereta lain. Setibanya di LPT selepas Kuantan, alangkah terkejut apabila kesesakan teruk berlaku atas lebuhraya.
Kami telah disuruh bergerak keluar di Maran dan seterusnya mengambil simpang keluar di Lanchang untuk sampai ke Kuala Lumpur. Alangkah malangnya apabila jalan menuju ke Lanchang telah mula dipenuhi air dan laluan telah ditutup.
( sesak 2 jam lebih di atas lebuhraya LPT 2 )
Hanya satu peluang terakhir iaitu bermalam di Kuantan. Akhirnya kami tidur semalam di Hotel Sri Malaysia Kuantan sebelum bergerak ke Kuala Lumpur keesokan harinya dengan melalui laluan Kuantan - Muadzam - Kuala Pilah - Senawang - Kuala Lumpur.
( sesak lagi di Keratong - Jempol )
( sesak lagi di Keratong - Jempol )
( kaki kebas, solat jama qasar dulu )
( sesak lagi di Kuala Pilah - Senawang )
( Lepas gambar ni, sesak hilang ibarat daun ditiup angin. Pening kepala memikir pergi ke mana )
Rekod peribadi terpecah apabila memandu untuk kedua-dua hari tersebut selama 30 jam hanya di dalam kereta. Sepanjang kesesakan yang teruk di kawasan Tol Maran dan jalan lama Kuala Pilah, aku telah menghasilkan beberapa keping gambar di kawasan tersebut sementara menunggu kereta melepasi kawasan sesak yang boleh dikatakan mengalahkan sesak di hari raya!
Dalam ingatan
Bertolak dari Kelantan
Pukul 9 pagi, 27 Dis 2014
Tiba di Sungai Besar
Pukul 12 tengah malam, 29 Dis 2014
0 Comments