Archive for Disember 2010

Cara-Cara Memilih DSLR.

Assalamualaikum.

Pada hari ini, ramai manusia terutamanya rakyat Malaysia berhajatkan kepada kamera DSLR. Pada zaman ini, mungkin ini dinamakan trend. Tetapi bagi pembeli yang betul-betul ingin memiliki kamera DSLR yang canggih dan tahan lasak, terdapat beberapa faktor-faktor yang perlu dipertimbangan. Bagaimana anda ingin memilih kamera DSLR? Ini cara-caranya...

Faktor Harga
Perkara pertama yang timbul kebiasaannya ialah bajet kita. Pengeluar kamera telah mereka cipta kamera yang murah dan yang mahal. Kalau yang mahal sudah tentulah memiliki ciri-ciri tambahan yang tiada pada kamera yang murah. Jika dibandingkan kamera DSLR Nikon D3000 dengan D3X memang begitu jauh bezanya walaupun sama-sama tergolong dalam keluarga Nikon. Kalau nak tahu kamera itu mahal ke atau tidak, lihat sahaja pada nama kamera itu. Jika kamera itu memiliki dua atau tiga huruf seperti D3X, sudah tentulah harganya mahal. Harga D3X sahaja sudah RM 29, 988, 00. Jadi kamera DSLR bukan peralatan yang murah seperti yang anda sangkakan. Terpulang kepada anda. Jika anda merupakan fotografer yang profesional, sudah tentulah kamera yang mahal menjadi pilihan kerana banyak ciri-ciri tambahan yang membantu ketika menjalankan pekerjaan mereka. Jika ianya sekadar hobi, bermulalah dengan kamera yang asas sahaja seperti D3000.



Selain faktor harga kamera, anda juga perlu mempertimbangkan:

Harga lensa. Lensa kebanyakannya mempunyai harga yang mahal. Tetapinya, ianya bergantung kepada anda. Selain itu, terdapat juga lensa dari keluaran syarikat 3rd Party seperti Tamron, Sigma, Tokina dan lain-lain lagi.

Bateri dan kad memori tambahan. Jika fotografi adalah hobi anda, mempunyai satu bateri dan kad memori sudah mencukupi. Jika anda adalah seorang jurugambar perkahwinan, semestinya perlu memilikinya lebih daripada satu.


Selain itu, harga filter perlu diambil kira. Jika anda seorang jurugambar landskap, sudah semestinya anda tidak boleh lari dari pelbagai jenis filter. Bagi yang baru menceburi bidang ini, adalah dinasihatkan supaya melindungi lensa anda dengan filter UV sebagai perlindungan tambahan bagi mengelakkan kesan calar atau terkena objek keras pada permukaan lensa.



Faktor kedua: Tujuan anda membelinya.
Perkara ini merupakan perkara yang serius. Bagi mereka yang baru dalam bidang fotografi, jika hajat memiliki kamera adalah merupakan trend masa kini, ini adalah amat digalakkan supaya menjauhkan diri daripanya. Jika anda memiliki kamera kerana terikut dengan rakan-rakan anda. Baik toksahlah. Fotografi perlu ada minat yang begitu mendalam. Jika anda berhajatkan sebuah kamera kerana faktor kerjaya anda, hal ini amat digalakkan.


Faktor Ketiga : Size kamera
Jika anda seorang jurugambar, sudah semestinya kamera DSLR menjadi pilihan dan bukannya kamera kompak. Kamera kompak sesuai untuk orang biasa yang inginkan gambar mereka dirakamkan sahaja tanpa perlu mengubah mana-mana fungsi seperti aperture dan shutter. Bagi pengguna dslr, sewajibnya anda perlu tahu apa itu aperture, shutter speed dan ISO. Kalau dilihat dari segi saiz, kamera yang canggih dan mahal mempunyai struktur binaan yang besar berbanding kamera dslr yang murah. Kamera yang besar mempunyai kestabilan pegangan yang tinggi berbanding kamera yang kecil. Jika anda memiliki tangan yang lebar dan besar, anda sesuai dengan kamera yang besar. Tetapi ianya mahal. Tidak perlu dirisaukan kerana kamera kecil juga boleh menjadi besar jika ditambah dengan pemegang bateri (Battery Grip)


Faktor Keempat: Kebolehan Autofokus.
saya memiliki kamera yang tidak boleh autofokus dengan lensa tertentu seperti lensa 50mm 1.8. iaitu D5000. Bagi kamera D90 dan ke atas, mereka semua memiliki binaan motor di dalam kamera. Ini bermaksud, jika lensa itu tidak mempunyai fungsi motor autofokus seperti lensa 50mm 1.8, autofokus tetap boleh dilakukan kerana terdapatnya binaan motor dalaman kamera. Seperti D5000, motor autofokus tidak dibina di dalam kamera. Untuk menjalankan fungsi autofokus, anda perlu mencari lensa yang boleh autofokus seperti lensa 35mm 1.8. Senang cerita, kamera yang ada autofokus motor dalam kamera boleh menggunakan semua jenis lensa dan tidak D5000 dan beberapa jenis kamera yang lain.


Faktor Kelima: Berapa Megapiksel?
Soalan yang sering dibanding beza dalam membeli kamera. Megapiksel yang besar memainkan peranan yang penting bila anda mahukan imej yang besar seperti gambar poster ataupun gambar iklan di tepi jalan raya. Jika anda tidak begitu sangat memerlukan imej yang besar, abaikan sahaja soal jumlah megapiksel yang dimiliki sesebuah kamera. Tetapi jumlah megapiksel yang besar turut memainkan peranan yang minor dalam gambar. Gambar nampak kelihatan cantik. hehe...


Faktor Keenam: Size sensor.
Soalan berkaitan yang perlu dipertimbangkan ialah jumlah kebesaran sensor sesebuah kamera. Seperti Nikon, terdapat dua jenis keluarga kecilnya iaitu keluarga DX dan keluarga FX. Keluarga DX bermaksud kemera-kamera kumpulan ini memiliki 'Crop Factor' sebanyak x1.5 manakala bagi kamera keluarga FX pula adalah x1. Sebagai contoh, jika anda memiliki D5000 yang tergolong dalam kumpulan DX. Anda telah tetapkan jarak fokal lensa anda pada 18mm sebagai contoh. Bila anda mengambil gambar, jarak fokal sebenar ialah 18mm di darab dengan pekali 1.5 menjadi 27mm. Jika anda tetapkan pula jarak fokal lensa sebagai contoh 18mm pada kamera FX, nilai 18mm itu tidak akan berubah kerana pekalinya adalah 1. Kesimpulannya, kamera DX ada kebaikannya pada jarak fokal yang tinggi seperti 200m. Ianya akan menjadi 300mm. Tetapi kekurangannya pada wide angle. Untuk mengatasinya, anda perlu melaburkan duit anda kepada Wide Lens seperti lensa Sigma 10-20mm.




Faktor Keenam: Ciri-ciri tambahan yang lain

Dalam memilih DSLR idaman, anda perlu pertimbangkan ciri-ciri seperti berikut:

Burst Mode: Kemampuan kamera untuk menangkap beberapa gambar dengan hanya menekan butang shutter pada kamera. Ianya sesuai untuk fotografi sukan dan aksi yang melibatkan pergerakan yang banyak dan menarik.

Maximum shutter speed: Kebanyakan DSLR mempunyai keupayaan maksimum shutter ynag tinggi. Bagi kamera yang mahal, ciri-ciri ini terdapat di dalamnya dan sering menjadi pilihan jurugambar sukan.

ISO: Bagi kamera yang murah, tahap ISO nya adalah rendah sekitar 100 sehingga 3200. Bagi kamera yang mahal dan canggih, ISO yang boleh dicapai seperti 102, 400. ISO mempunyai perkaitan dan rapat dengan Noise.

Size LCD Skrin: Kadang-kadang terdapat kamera yang mempunyai LCD yang kecil dan ada juga yang besar. LCD ini membantu anda melihat semula imej yang telah dihasilkan oleh kamera anda. LCD yang besar mempunyai banyak kelebihan berbanding yang kecil.

Anti Shake: Bagi kamera seperti SONY, syarikat telah membina ciri anti shake di dalam badan kamera. Manakala bagi NIKON dan CANON, ciri anti shake terdapat pada lensa. Fungsinya tetap sama iaitu mengurangkan risiko kabur pada imej. Kelebihan yang dimiliki SONY ialah sebarang lensa boleh digunakannya termasuklah lensa lama-lama. Manakala bagi NIKON dan CANON, untuk mendapatkan imej yang jelas, terdapat fungsi "Image Stabilization bagi Canon" dan "Vibration Reduction bagi Nikon" pada lensa. Jika lensa itu tiada tulisan VR atau IS, adalah sukar untuk mendapatkan imej yang jelas.


Setakat ini sahaja yang boleh saya bantu. Jika anda inginkan kamera yang hebat dan canggih, apa-apa dulu adalah bajet dan naluri anda. Jika anda mahukannya kerana minat, teruskanlah dan jika anda hanya terikut-ikut dengan rakan-rakan anda, lebih baik anda tinggalkan bidang ini. Bidang fotografi memerlukan orang yang betul-betul minat dengannya dan barulah kemudian datangnya gambar-gambar yang cantik dan hebat.
30 Disember 2010

Masjid Kuala Selangor

From Drop Box
28 Disember 2010

Anak Orang Asli

Expedisi Bukit Merah 2010

Masjid Batu 10 Lekir

Bunga & Flower.

From Bunga-Bungaan


From Bunga-Bungaan


From Bunga-Bungaan


From Bunga-Bungaan


From Bunga-Bungaan


From Bunga-Bungaan


From Bunga-Bungaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pada kali ini aku telah memuat naik gambar-gambar yang tersimpan di dalam perkakas keras atau hardisk. Gambar ini berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan.

Gambar bunga sebenarnya cantik kalau diambil pada kedudukan atau angle yang menarik. Ada orang pro berkata...

"kalau nak shoot gambar bunga, adalah lebih elok kalau kita cuba shootnya pada angle yang tidak pernah dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang. Macam kita la yang selalu berjalan-jalan di raman bunga, mesti kita akan melihat bunga itu dari pandangan atas bukan. Itulah angle biasa pada mata kita. Tapi kalau sesiapa yang memiliki kamera, lebih baik kita memanfaatkannya dengan sebaiknya."

Selain itu, kalau nak shoot gambar bunga, anda seharusnya berada searas dengan bunga tersebut. Lebih kurang anda kene meniarap la kot...hehe. Pandai-pandailah yer. Sebenarnya banyak lagi tip-tipnya. hehe...

Berbalik pada cerita bunga. Bunga ini bukan berada di mana-mana taman bunga tetapi bunga ini berada di tepi landasan kereta api jer. Macam mana bunga yang cantik boleh hidup di tempat yang merbahaya.

Sampai di sini sahaja. Tata....= =

20 Disember 2010

SHARE EVERYTHING


Asalamualaikum. Pada kali saya ingin berkogsikan beberapa e-book tentang ilmu fotografi. Buku ini banyak membantu saya sebagai seorang beginner. Jika anda juga seperti saya adalah digalakkan untuk memuat turun buku-buku ini semua. E-book kebiasaannya tidaklah terlalu besar kapasitinya melainkan buku-buku tertentu sahaja.

Setelah anda memuat turun e-book dari link saya ini, anda perlu mengekstrak file tersebut dengan menggunakan software seperti 7-zip, winzip, Winrar dan seumpamanya.

Bacalah buku-buku ini kerana dengan membaca ilmu anda akan bertambah. Selain itu, anda juga dapat meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Sekian...terima kasih.

Aperture Digital Photography Fundamentals
Size: 2.08 mb

Link:
Password: photoinzone

33 Rahsia Fotografi
Size: 776.43 kb

Link:
Password: photoinzone


Digital Photography Quicksteps
Size: 12.52 mb

Link:
Password: photoinzone


Wedding Photography
Size: 9.45 mb

Link:
Password: photoinzone


Top 10 Mistakes in HDR Processing
Size: 17.69 mb

Link:
Password: photoinzone


14 Tips untuk Memperbaiki Foto Landskap Anda
Size: 2.25 mb

Link:
Password: photoinzone


Beginning Digital Image Processing
Size: 12.19 mb

Link:
Password: photoinzone



18 Disember 2010

Teluk Batik, Perak

From Perak, Malaysia


From Perak, Malaysia


From Perak, Malaysia

From Perak, Malaysia

Assalamualaikum. Pada ari Selasa yang lalu, masa aku tersadai JEM kat Jelapang aritu, dan kebetulan pulak waktu tu aku tak dapat nak shoot gmbo di Kuala Sepetang, aku telah bergerak pada keesokan harinya ke Teluk Batik

Sebenarnya, aku dah banyak kali pergi ke sini. Cume gambarnya jer yang takde lagi. Selepas aku memiliki se kamera, barulah gambarnya wujud. Sebenarnya, banyak lagi gambar di Teluk Batik, cume mereka semua belum di edit lagi. Aku ni masih lagi baru dalam dunia HDR. Biasanya satu gambar akan memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Itu pun lepas campur tolak duk menunggu datangnya idea pengeditan. Ade sorang omputeh pro ni kate, dia hanya amik mase lebih kurang 30 minit jer. Kalu waktu memula dulu mungkin 30 jam agaknya. hehe

Orang biasanya akan salah anggap dengan gambar-gambar HDR. Sebab mereka duk kate HDR ni gambarnya seolah-olah macam kartun. Tapi semua itu tak betul. Jika dibuat dengan betul mengikut resepi, akan jadilah seperti HDR itu sendiri. Apa tu HDR? HDR tu dari kata bahasa Inggeris iaitu High Dynamic Range. Kalu anda berminat, anda taiplah HDR di ruangan Google tu. Banyak yang boleh anda dapati. Jadi....Selamat mencuba.


Gambar yang keempat tu tak berapa nak tajam@sharp sebab aperture yg digunakan ialah 3.5
Ada kesilapan disitu.

Tempat Rekreasi Gunung Lang




Gunung Lang, Ipoh Panorama

Tragedi Kesesakan 14 Dis 2010

Pada tanggal 14 haribulan Disember merupakan hari yang paling bersejarah bagiku kerana aku telah berjaya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di atas lebuhraya Utara-Selatan dekat-dekat dengan terowong Perak.

Sesampainya aku di plaza tol, aku pun mula amik tiket dengan harapan dapat memandu sambil berehat di lebuhraya. Tetapi lain pula yang jadinya kerana sesampainya aku hampir-hampir di muka terowong, kereta aku pun telah berhenti di atas lebuhraya kira-kira hampir 2 jam lamanya. Apa lagi, aku pun matikan enjin kereta lalu keluar berjalan-jalan di atas lebuhraya seolah-olah macam berjalan di halaman rumah sendiri sambil bertegur sapa dengan jiran-jiran kereta yang ada berhampiran.

Jam yang pertama rasanya begitu seronok kerana aku (1) berpeluang berada di atas lebuhraya. (2) Dapat mengambil gambar permandangan kesesakan lalu lintas. (3) berjumpa dengan rakan-rakan kesesakan di situ.

Jam kedua pula bertukar wajah. AKu mula bosan dan kesakitan kerana pundi kecing sudah mula dipenuhi. Akhirnya pukul 6 petang aku telah berjaya meloloskan diri dari kesesakan lalu lintas itu. Rupa-rupanya ada sebuah lori yang duduk berbaring di atas jalan. Sebab itulah tiada sebuah kereta pun yang dapat bergerak sepanjang kesesakan hatta sebuah motor pun.

Fuh... lega rasanya dapat menunaikan hajat dan menunaikan solat yang tertunggak kerana kesesakan tersebut. Asalnya, aku mahu ke Kuala Sepetang untuk bergambar di sana. Tetapi memandangkan kesesakan yang telah menghalangku, aku terpaksa berpatah balik semula ke Ipoh dan berehat di sana.













Tanpa suntingan yang dikenakan terhadap gambo2 ini.

Pagi Di Kampung

Pada waktu pagi, tidak lain dan tidak bukan, segera melakukan solat subuh. Aku bercadang mahu tidur untuk seketika. Dalam waktu aku menyiapkan ruang beradu, aku telah terpaling ke arah luar tingkap dan mendapati keindahan matahari kekuningan sedang menunggu ku di luar. Aku segera mencapai peralatan yang perlu untuk mengejar keindahan itu. Tetapi malangnya, aku terlewat ke tempat kejadian kerana matahari sudah pun meninggalkan keindahan itu. Apa yang aku sempat rakamkan untuk pagi ini ialah hanyalah beberapa keping foto yang dikenekan suntingan minor padanya. Sudilah melihatnya dengan perasaan yang terbuka.


From Parit 3 Sg Besar


Model: NIKON D5000
ISO: 160
Exposure: 1/10 sec
Aperture: 8.0
Focal Length: 18mm



From Parit 3 Sg Besar


Model: NIKON D5000
ISO: 160
Exposure: 1/4 sec
Aperture: 9.0
Focal Length: 18mm



From Parit 3 Sg Besar


Model: NIKON D5000
ISO: 160
Exposure: 1/4 sec
Aperture: 8.0
Focal Length: 55mm



From Parit 3 Sg Besar


Model: NIKON D5000
ISO: 160
Exposure: 1/4 sec
Aperture: 8.0
Focal Length: 45mm

Bagan Sg Besar

Ketenangan pagi telah membawa aku ke sebuah jeti yang terletak di pinggir Pekan Sg Besar. Dalam kedinginan yang menusuk ke tulang telah memaksa aku mengagahinya juga untuk merakamkan beberapa suasana kehidupan masyarakat cina di Bagan Sungai Besar. Sebenarnya, banyak lagi tempat-tempat seperti ini di Sungai Besar. Nanti di catatan akan datang, saya akan bawakan lagi gambar-gambar di sekitar daerah Sabak Bernam.


From PHOTO IN ZONE
Model: NIKON D5000
ISO: 100
Exposure: 1/20 sec
Aperture: 11.0
Focal Length: 18mm




Model: NIKON D5000
ISO: 100
Exposure: 1/20 sec
Aperture: 11.0
Focal Length: 18mm




Model: NIKON D5000
ISO: 100
Exposure: 1/30 sec
Aperture: 11.0
Focal Length: 18mm




From PHOTO IN ZONE
Model: NIKON D5000
ISO: 100
Exposure: 1/30 sec
Aperture: 11.0
Focal Length: 18mm



From PHOTO IN ZONE

Model: NIKON D5000
ISO: 100
Exposure: 1/50 sec
Aperture: 9.0
Focal Length: 32mm



From PHOTO IN ZONE

Model: NIKON D5000
ISO: 100
Exposure: 1/20 sec
Aperture: 11.0
Focal Length: 18mm

# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -