Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 6 Februari yang lalu, ahli Task Force Selangor dipanggil untuk sesi taklimat dan bengkel berkenaan pemnatapan Pembelajaran digital yang diberi nafas baru sebagai Gegar Digital Learning. Sesi bengkel telah disampaikan oleh ketua Task Force Selangor sendiri iaitu Cikgu MK. Di antara pengisiannya adalah kemas kini terkini aplikasi Quizizz yang semakin hari semakin menarik.



Di kesempatan ini, saya telah menyediakan 10 soalan Quizizz yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Soalan ini adalah percuma dan boleh digunakan sebagai usaha membantu murid menguasai asas subjek Matematik yang begitu mencabar dewasa kini.


Bagi guru subjek Matematik di sekolah, soalan Quizizz ini boleh digunakan sebagai tugasan yang diberikan melalui Google Classroom. Murid boleh menjawabnya dan setelah itu pengredan markah akan dijalankan secara automatik dan yang menariknya adalah  markah terus direkodkan dalam akaun Google Classroom.



Dalam masa yang sama, hasil jawapan murid boleh dijadikan sebagai eviden/ bukti pencapaian murid bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Mudah bukan!