Archive for Januari 2020

KENALI PEMILIK SHOPEE & KEDAI CIKGU AFIQ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Shopee.
Shopee adalah platform e-dagang Singapura yang beribu pejabat di bawah Sea Group (sebelum ini dikenali sebagai Garena), yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Forrest Li . Shopee pada mulanya telah dilancarkan di Singapura pada tahun 2015, dan kemudian ke Malaysia , Thailand , Taiwan , Indonesia , Vietnam , Filipina , dan Brazil. Ia menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli produk dalam talian bagi pengguna di Asia Tenggara dan Taiwan.



Siapakah Pemilik Shopee
Beliau dikenali sebagai Forrest Li. Nama sebenarnya ialah Forrest Xiaodong Li. Beliau telah memilih menggunakan nama inggerisnya "Forrest" setelah pensyarah inggerisnya meminta setiap pelajar memilih satu nama barat. Lalu, Li telah memilih nama 'Forrest' yang diilhamkan daripada filem Forrest Gump yang dilakonkan oleh Tom Hank pada tahun 1994.


Sumber : dari https://www.straitstimes.com/

Tersenarai dalam Forbes.
Graduan dari Standford Graduate School of Business ini yang menjalankan aktiviti 'gaming' dan e-dagang turut melonjakkan namanya dalam senarai Forbes.com 50 orang terkaya di Singapura pada tahun 2019.


Pada tahun yang lalu juga, beliau tersenarai pada kedudukan yang ke-21 individu terkaya di Singapura dengan jumlah aset sebanyak $1.57 bilion.

Selain daripada e-dagang (Shopee), beliau juga dikenali sebagai pemilik kepada permainan tempur atas talian yang dikenali sebagai "Free Fire".

Menurut Business Insider, Li merupakan orang kedua yang menjadi kaya dengan permainan atas talian iaitu 'Free Fire' selepas Tim Sweeney iaitu pencipta permainan 'Fortnite' yang menjadi kegilaan manusia pada hari ini.




'Free Fire' merupakan permainan keempat yang paling banyak dimuat turun oleh pengguna seluruh dunia dengan lebih daripada 350 juta pengguna berdaftar.

Kedai Cikgu Afiq
Dalam aplikasi Shopee, terdapat pilihan 'Start Selling' dan 'My Shop'. Jadi tidak salah rasanya jika saya membuka satu kedai yang menjual barangan berbentuk bunting dan banner yang menfokuskan kepada Formula Matematik sekolah rendah.

Buat masa ini, terdapat lima jenis rekaan formula matematik yang dicetak pada saiz 2x5 kaki dengan harga RM26. Bahan pembuatan bunting adalah jenis tarpaulin 320 gsm yang lebih tebal untuk ketahanan yang lebih lama.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menempah, boleh klik pada link di bawah

atau pun boleh terus menghubungi melalui Whatapps nombor di bawah.






28 Januari 2020

BUKU PROGRAM CERAMAH INTEGRITI SPRM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian kali ini adalah : 
➽ Buku program ceramah integriti untuk warga sekolah.
➽ Disediakan dalam format Powerpoint bersaiz A4 (11.69 x 8.29 Inci) 
➽ Hampir 95% elemen boleh diubah mengikut kehendak.
➽ Font yang digunakan adalah (Arial Narrow), (Acme), (Avengeance Mightiest Avenger)






buku program ceramah integriti untuk warga guru sekolah rendah

buku program ceramah integriti untuk warga guru sekolah rendah





03 Januari 2020

# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -