Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini saya ingin berkongsikan video tutorial bagaimana saya menggunakan Google Classroom dalam menjalankan PDPC di sekolah.
Hari Isnin yang berjerebu pada paras IPU 180 ke atas, saya telah diberikan satu kelas ganti selama satu jam untuk kelas subjek Bahasa Inggeris tahun 5. Semenjak platform Frog VLE tidak digunakan lagi, murid perlu tahu menggunakan menggunakan Google Classroom dalam menjawab tugasan yang diberikan oleh guru.
Saya gunakan worksheet yang sedia ada di dalam Internet daripada negara luar, bukan Malaysia yang mudah dijawab secara santai oleh murid tahun 5.
Oleh itu, saya sediakan satu video tutorial tentang bagaimana saya memberikan tugasan kepada murid di sekolah saya.
Penulisan lain yang berkaitan
1 Comments