Asalamualaikum dan salam sejahtera.


FrogPlay Championshiop Level Up! untuk subjek Matematik telah pun berakhir. Ini bermakna bukannya subjek Matematik tidak boleh lagi dijawab oleh murid tetapi tiba giliran untuk subjek kedua pula telah pun dilancarkan iaitu Bahasa Inggeris untuk terus digalakkan dalam pembelajaran.

Apa yang menarik untuk dikongsikan di sini ialah melalui FrogPlay Championship Level up!, bagi pengguna yang telah mendaftar melalui laman sesawang pertandingan ini, kita akan menerima satu emel bernama "Dapatkan Kod Avatar Anda!". Emel ini memberi tahu kod rahsia Avatar secara percuma. Bagi guru dan murid, hal ini amat menyeronokkan. 

Tugas admin sudah semestinya adalah sebagai juruhebah perkara ini. Barulah penggunaan VLE akan meningkat dan menarik minat murid. Lagi-lagi sekarang, Frog VLE sudah boleh dilayari dengan menggunakan telefon pintar.

Saya ada sediakan softcopy dalam bentuk .docx@word.
Boleh la download untuk panduan.