Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bermulanya sesi persekolahan sesi 2018, pelbagai jenis aktiviti sukan permainan peringkat daerah dijalankan. Sehinggakan terdapat guru yang tidak menang tangan untuk menanganinya. Mana tidaknya, ada guru yang bertugas melatih murid, ada guru yang bertindak sebagai pengurus yang perlu melengkap pelbagai jenis borang, dan ada juga yang perlu menyiapkan buku program sebagai tuan rumah sesuatu kejohanan itu.
Jadi, pada segmen kali ini, saya ingin berkongsikan pengalaman saya sendiri menyiapkan buku program sesuatu pertandingan. Pada 22 dan 23 Januari yang lalu, saya ditugaskan sebagai AJK Buku Program Sepak Takraw MSSD Sabak Bernam.
Dibawah penulisan blog ini, saya sertakan langkah-langkah secara ringkas tentang penyediaan buku program.
Cara membina buku program adalah berbeza mengikut kemahiran masing-masing. Terpulang kepada anda. Tidak semestinya cara yang saya nyatakan.
0 Comments