Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah pastinya tahun 2017 akan meninggalkan kita dan kita akan mula melangkah ke gerbang tahun baru, tahun 2018. Dan pada tahun 2018 inilah juga umur aku akan mula beralih kepada kelompok "3 Series".
Pada penulisan blog kali ini, aku ingin mengulas mengenai Quizizz. Rasanya, setelah hampir 2 tahun berlalu, sudah semestinya sudah ramai warga guru di luar sana telah pun mengenal kuiz atas talian interaktif yang canggih ini yang dinamakan sebagai Quizizz seakan-akan seperti Kahoot. Jika anda masih lagi terpingga-pingga, anda mempunyai masa untuk mengenal apa itu Quizizz, anda masih belum terlambat lagi. Gunakanlah walaupun sekali dalam seumur hidup ada!
Pada 28 Disember yang lalu, aku telah pun disapa dengan satu emel daripada Quizizz yang bertajuk "How many questions were solved in 2017?". Kebiasaannya aku malas untuk menekan dan membaca isi kandungan emel seperti ini. Walau bagaimanapun, tajuk emel tersebut telah membawa aku untuk membaca dengan lebih lanjut, dan rupa-rupanya...
Ingatkan gambar kentang Twister Macdonald, rupa-rupanya adalah angka 2 billion bagi meraikan jumlah soalan yang terjawab sepanjang tahun 2017 di dalam Quizizz. Hal ini menunjukkan, begitu ramai pengguna di luar sana begitu meminati Quizizz ini terutamanya warga pendidik dalam menjadikan kelas pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.
Kenapa aku boleh menerima emel ini?
Bagi setiap pengguna Quizizz, anda akan menerima emel seperti ini dan satu rumusan mengenai pencapaian anda dengan Quizizz akan dipaparkan.
Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah 488 hari aku bersama dengan Quizizz. Cumanya kuiz rekaan sendiri masih lagi tidak banyak, hanya 16 soalan kuiz sahaja.
Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh Quizizz, sebanyak 3654 soalan kuiz yang telah dijawab oleh murid sekolah aku sendiri. Kadang-kadang, walaupun aku tidak masukkan Quizizz ini ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi hanya diselitkan di dalam Frog VLE sebagai hiburan waktu senggang, rupa-rupanya murid sendiri yang meneroka dan cuba menjawab kuiz yang disediakan. Rajin betul murid-murid sekarang ni!
Klik pautan di bawah untuk ketahui Quizizz dengan lebih lanjut.
<< Minggu QUIZIZZ Di SKTDI >>
0 Comments