Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Syukur kepada Allah. Pada 22 November yang lepas, wakil guru dari tiga buah daerah yang berbeza telah datang berkumpul di dewan UMNO Kuala Selangor bagi majlis pengagihan peranti YES iaitu YES Altitude 4G LTE. Saat yang sangat mengujakan semua warga guru dengan hadiah yang diberikan oleh KPM. Terima kasih KPM!

Majlis bermula pada pukul 9:30 pagi dengan ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan wakil YTL. Pengagihan bermula pada pukul 12 tengah hari. Untuk SKTDI, saya menunggu untuk angka giliran yang ke -30. Lama juga proses yang dijalankan agar tidak berlaku masalah setibanya di sekolah nanti.

Setiap guru akan dihadiahkan jumlah data sebanyak 4 GB sebulan oleh KPM dalam 1Bestarinet Fasa 2 ini. 2GB data dengan menggunakan telefon pintar YES Altitude dan 2GB data lagi boleh menggunakan peranti lain seperti dongle, huddle dan zoom. Tujuan pemberian peranti ini adalah memudahkan guru mencari sumber pengajaran atas talian dalam penyediaan laman Frog VLE.




Setelah peranti dihidupkan, apa yang boleh saya katakan ialah wow! Setiap peranti perlu memasang 3 aplikasi yang berbeza iaitu Frog Assignment, Frog Snap dan Frog Chat. Saya berjaya memuat turun semua aplikasi dan mencubanya. Pada entri akan datang saya akan kongsikan pengalaman menarik menggunakan aplikasi ini.

Peranti ini adalah amanah yang diberikan. Data digunakan untuk tujuan PDP dan bukan untuk tujuan lain.












YES Altitude siap sedia digunakan!