Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bagi sesiapa yang masuk ke dalam akaun Frog VLE masing-masing pada hari ini akan dikejutkan dengan kemaskini terbaru oleh pihak Frogasia. Kemaskini terbaru pada kali ini terdapat 6 komponen baru yang ditambah ke dalam sistem dan beberapa komponen yang diperkemaskan kegunaanya.

  6 komponen baru yang telah ditambah ialah


Manakala terdapat pula 10 jenis kemaskini pada sistem sedia ada iaitu

  


Semoga dengan kemaskini yang terbaru ini dapat menyelesaikan masalah yang sering membelenggu guru-guru selama ini. Dengan adanya ciri autosave ini, masalah site/laman yang tidak sempat disimpan tidak akan berulang lagi dan guru akan semakin gembira.


Apa yang menarik lagi pada pendapat peribadi saya ialah dengan adanya kemudahan mencetak laman akan memudahkan guru untuk menghasilkan nota dalam bentuk hardcopy untuk perbincangan selanjutnya.


Selain daripada itu, jika sebelum ini masalah perpindahan guru akan menyebabkan site/laman di sekolah lama tidak dapat berpindah ke sekolah baru, akhirnya masalah ini telah dapat diatasi dengan adanya ciri kemaskini yang terbaru ini. Maknanya, guru tidak akan sedikit pun menyesal dengan usaha gigih menghasilkan laman/site di tempat lama.


Kemaskini jenis ini juga turut dikira menarik kerana sebelum ini warga guru agak sukar untuk mengingat emel YES kerana  ianya dijana automatik dan tidaknya dihasilkan sendiri oleh guru tersebut. Lantas menyebabkan emel YES agak kurang digemari.

Ditambah pula dengan zaman telefon pintar yang wajib dipasangkan emel sendiri bagi memudahkan memuat turun apps. Maka emel peribadi ini lebih gemar digunakan berbanding emel YES. Dengan adanya kemaskini pada FROG VLE, anda boleh juga mendapatkan notifikasi Frog VLE dalam emel peribadi anda!

 
  Saya sudah! Anda bila lagi.