Assalamualaikum dan Salam sehati sejiwa.


'Word Clouds' merupakan salah satu daripada seni yang ada di zaman kini. Seni ini telah dikembangkan kepada bentuk atas talian. Dengan kemudahan ini, sesiapa sahaja boleh menjana 'Word Clouds' dengan mudah mengikut citarasa masing-masing. Tetapi...apakah itu 'Word Clouds'?

'Word Clouds' merujuk kepada sekumpulan banyak perkataan yang terbentuk mengikut bentuk bekasnya. Kita mempunyai banyak pilihan aplikasi di dalam Internet. Aplikasi popular yang ditawarkan secara PERCUMA adalah seperti Tagul, Wordle Tagxedo. Bagi pengguna pelayar jenis Chrome, Tagxedo tidak dapat digunakan kerana memerlukan sokongan plug in jenis Silverlight yang mana pelayar Chrome tidak lagi mampu menyokong plug in ini.

Disamping memenuhi rasa keseronokan, ianya juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk mempelbagaikan bahan mengajar di dalam kelas selain boleh dijadikan sebagai alat untuk menjana kewangan tambahan.


Aplikasi Tagul mudah digunakan. Kita dibenarkan untuk memilih jenis font, bentuk, warna dan layout yang menarik. Size setiap perkataan juga boleh dibesarkan dan dikecilkan. Pastikan tajuk atau heading 'Word Clouds' menggunakan size yang lebih besar daripada size perkataan sampingan lain. Ianya menyeronokkan. 

Bagaimana pula menggunakan 'Word Clouds' ini di dalam kelas?
Di sini saya ingin kongsikan cara menggunakannya terutama sekali dalam kelas Matematik. Saya seorang guru Matematik!

Mengajar Pecahan
Jana 'Word Clouds' yang mempunyai pelbagai jenis objek di dalamnya seperti pensel, pemadam, pembaris, pengasah dan sebagainya. Daripada 'Word Clouds' soalan pecahan boleh dibentuk seperti berapakah pecahan bagi perkataan pensel dalam bentuk itu?

Mengajar Bentuk & Ruang
Jana 'Word Clouds' dengan menggunakan bentuk segi empat sama. Masukkan perkataan yang mempunyai kaitan dengan bentuk segi empat sama tersebut seperti 4 sisi sama, 4 bucu, 2 Dimensi, boleh dilihat dan lain-lain lagi.


Mengajar Nombor 1-10.
Jana 'Word Clouds' yang mempunyai perkataan satu hingga sepuluh. Jadikan sebagai latihan murid di dalam kelas. Murid membulatkan perkataan nombor yang diarahkan guru.


Formula/Rumus Matematik
Dengannya kita mampu membina sebuah 'Word Clouds' formula mengikut tajuk Matematik. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan untuk tajuk masa dan waktu seperti 1 hari=24 jam, 1 minit=60 saat dan sebagainya.

Dengan bahasa mudah, semua tajuk boleh dimuatkan dalam bentuk 'Word Clouds'. Ianya sebagai bahan ransangan murid terhadap pembelajaran. Murid juga boleh belajar membina hasil kerja menarik untuk subjek lain.

Bacaan lanjutan : SINI