Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di sini hanya alat bantu mengajar yang saya bina sendiri menggunakan kad keras, kertas boleh padam (macam whiteboard). Tujuannya adalah untuk menunjukkan kepada murid bahawa penambahan wang melibatkan dua rumah yang berbeza iaitu rumah ringgit (RM) dan sen. Dalam masa yang sama, cara ini dapat membantu murid menyusun nilai wang mengikut titik perpuluhan dengan betul.
Dengan hanya berbekalkan sebatang pen marker dan papan putih, guru mampu menerangkan penambahan dan penolakan wang. Bezanya, tiada tarikan kepada murid. Murid biasa dengan gaya guru dengan papan putihnya.
0 Comments