Archive for Februari 2015

Aku dan Aku

Assalamualaikum dimulakan sebagai pembuka bicara.
Lafaz Bismillah sebagai pembuka pintu berkat dan rahmat.


Sejarah Pendidikan

1994
Tadika Kemas Sekendi, Sabak Bernam, Selangor

1995 - 2000
SK Batu 38, Sabak Bernam, Selangor

2001 - 2003
SAM Muhammadiyyah Batu 40, Sabak Bernam, Selangor

2004 - 2005
SBPI Sabak Bernam (sains tulen), Selangor

2006 - 2011
IPG Kampus Pendidikan Islam (Matematik), Bangi, Selangor

2012 - 2015
SK Nanga Sempili, Kapit, Sarawak

2015 hingga kini
SK Tun Dr Ismail, Sabak Bernam, Selangor

Nama Mohd Afiq bin Mohd Yusof. Dilahirkan di Perlis dan menetap di Sabak Bernam. Sudah berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.

Membina blog hasil daripada bacaan di internet dan seterusnya berminat dalam dunia fotografi. Tidak begitu serius dengannya cuma hanya sekadar hobi mengisi masa lapang.

Dunia fotografi bermula dengan kamera kompak,
Casio Exilim. Pada masa itu hanya tertarik dengan kehebatan megapikselnya kerana buta ilmu fotografi.

Kemudian beralih kepada Nikon crop sensor, D5000 + 18-55mm. Pada masa itu pun masih buta menekan butang-butang pada kamera. Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang rakan baru yang hebat dalam dunia fotografi di hadapan Masjid Besi, Putrajaya. Nasihat beliau..."Habiskan baca buku manual kamera!"

Aku mula membaca dan mengerti sebutan-sebutan pelik pada kemera dan juga mengetahui fungsinya dan cara menggunakannya. Ditambah pula dengan kursus asas fotografi. Barulah rasa kamera lebih dihargai.

Bajet yang terhad, dipaksa minat yang mendalam, akhirnya aku berjaya memiliki :

Sigma 70-300mm f4-5.6

Nikon 50mm f1.8g

Sigma 10-20mm f4-5.6

Sigma 18-200mm f3.5-6.3

Nikon 50mm f1.4 D

Nikon SB 700

Nikon 28-105mm D
Kenko Extension Tube untuk makro



Apabila sudah mempunyai gaji sendiri, aku beralih angin kepada Nikon D7100 bersama dengan Mieke battery grip. Kamera dan alat yang ada hanya sekadar hobi dan bertujuan untuk seronok-seronok.



Pada awal tahun 2016, aku berhasrat ingin melompat ke dalam kategori Full Frame dengan memilih Nikon D700 yang dibeli oleh adik di China. Apa yang boleh dikatakan ialah D700 sangat power berbanding D7100. Tak baik riak!


Sekarang, dunia kameraku hanya kepada ahli keluarga dan anak-anak murid di sekolah.
20 Februari 2015

Selamat Tinggal Sarawak - Penempatan Pertamaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ucapan syukur kepada Allah, tuhan empunya alam yang mengatur alam ini dengan sangat indah dan seterusnya telah membenarkan perpindahan aku dan isteriku ke tempat yang dipohon. Alhamdulillah!

Pada lewat bulan Januari 2015 yang lalu, aku mendapati permohonan pertukaran ke negeri Selangor telah diluluskan selepas melalui satu laluan yang tidak diduga sama sekali iaitu 'Semakan Semula Rayuan Pertukaran'. Maka, bermulalah saat di mana hati ini menjadi serba tidak kena akan meninggalkan satu tempat yang mengajarku erti kehidupan yang mencabar di satu ceruk pedalaman di kawasan hulu Kapit, Sarawak. Selama 3 tahun 2 bulan aku bertapak di sana dan kini, aku sudah pun berada di negeriku sendiri, Selangor.

................................................................................................



Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili banyak mengajar aku erti kesusahan selama ini. Sebenarnya banyak peluang yang boleh digarap sebagai pengalaman hidup namun hanya secebis yang mampu aku simpan kekal dalam kotak kenangan ini.

...kisah di mana catuan elektrik berminggu-minggu akibat generator elektrik sekolah yang rosak.

...kisah 4 malam tanpa sebarang janaan elektrik dan duduk keseorangan bergelap di kuaters guru.

...kisah beberapa orang murid diganggu mahkluk halus yang datang dari entah mana.

...kisah menaiki dan membersihkan tempat tadahan air sekolah di atas bukit pada waktu kemarau puasa.

...kisah kesedihan TV LCD 32 inci yang rosak akibat arus elektrik yang tidak stabil.

...kisah berperahu pergi dan pulang ke kapit pada hari yang sama.

...kisah beberapa siri ekor ular di dalam rumah dan paling dasyat seekor ular di atas kepala semasa tidur.

...kisah menghantar murid menghadiri motivasi tahun 6 di sekolah pedalaman 3 bulan pada hari pertama puasa.

...kisah tiada langsung jaringan dunia luar akibat kerosakan internet.

...kisah pergi kursus ke Kapit seawal 5.00 pagi menunggu bot ekpress di tepi Sungai Balleh. Bawa sejadah, hampar ditepi sungai dan tunaikan solat subuh 2 rakaat.

...kisah menaiki bumbung bot ekspress berkali-kali kerana ramai manusia hulu lain turun pada waktu yang sama.

...kisah bot ekpress yang senget dan hampir terbalik akibat muatan yang sangat penuh dan sarat.

...kisah berdiri dalam ekpress hampir 3 jam, bermula pukul 5.00 pagi hingga pukul 8.00 pagi

...kisah generator sekolah yang mengeluarkan api pada pukul 5.30 pagi dan berjaya dipadamkan.

...kisah anjing-anjing liar memasuki rumah dan sebanyak 2 kali jugalah rumah telah dibasuh air tanah.

...kisah pintu rumah diketuk sebanyak 3 kali dan bunyi tersebut hilang secara tiba-tiba pada waktu malam.

...kisah berjoging dengan murid asrama pada pukul 5 pagi selepas mengejutkan mereka bangun tidur.

...kisah mengadakan kelas tambahan awal pagi, pukul 5.30 pagi sebagai latihan mental matematik Tahun 6 !

...kisah kejayaan mengangkat 6  daripada 20 tong minyak diesel pada musim kemarau, 1 tong = 20 liter bersama rakan baik.

...kisah Matematik UPSR tahun 2014 mencapai 100% lulus dan 4 orang murid cemerlang 'A'.


Banyak lagi kisah pengalaman-pengalaman hidup selama 3 tahun aku bergelar guru pedalaman di sebuah daerah terpencil Sarawak. Walaupun kau ketinggalan terkebelakang, namun kau tetap di dalam kenanganku. Semoga kita dapat berjumpa lagi.

...Selamat Tinggal Sarawak...
...Selamat Tinggal Kapit...
...Selamat Tinggal SK Nanga Sempili...

Berikut merupakan gambar yang sempat diambil semasa dalam perjalanan kapal terbang dari Sibu ke Kuala Lumpur buat kali terakhirnya.

# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -