B.I.S.M.I.L.L.A.H

Alhamdulillah...beres sudah kerja aku sebagai Ketua Pengawas di Sekolah Lepong Menuan, Kapit yang berstatus sekolah pedalaman 1. 

Setiap pagi bangun awal.
Pergi Bilik Kebal Kapit naik moto dengan rakan.
Ambil kertas.
Sain borang-borang
Bawa tong kertas ke jeti.
Tunggu perahu.
Naik perahu ke sekolah.
Jaga budak periksa.
Bawa kertas ke Bilik Kebal semula.
 .....baru boleh pulang untuk berehat.

Fuh...

Selama 3 hari aku begini.
Inilah ... P.E.N.G.A.L.A.M.A.N

 Naik perahu untuk meninjau kedudukan sekolah dan tempat peperiksaan.

 Sudah sampai di depan pintu masuk sekolah selepas 3 minit dari muara Sungai Rajang.


 Balik dari meninjau sekolah. Terserempak dengan gergasi pengangkut kayu balak.

Hari pertama peperiksaan. Sebelum periksa bermula. Snap dulu.



Bawah: Gambar jeti tempat menunggu perahu dari sekolah.



 Gambar awal pagi ke sekolah membawa rahsia kerajaan Malaysia.

 

 Murid menjawab kertas peperiksaan dengan kawalan yang tenang.

  


Bawah: Gambar permandangan pekan Kapit pada waktu pagi.
  

*Gambar ini diambil dengan menggunakan kamera Samsung Note 2. Tiada DSLR kali ini.
*Suntingan dengan Adobe Lightroom.

S.E.K.I.A.N
T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H