Apabila sudah bergelar bapa, banyak perkara yang perlu difikirkan iaitu dari segala sudut segenap aspek. Dahulunya semasa bujang, aku hanya asyik menjaga diri sendiri, tetapi kini, banyak tanggungjawab yang perlu aku pikul sebagai seorang anak kepada kedua orang ibu bapaku, sebagai seorang suami, seorang bapa dan juga sebagai seorang guru.
Dengan hanya seberat 3.25kg, Safiya Mardhiyyah binti Mohd Afiq telah selamat diberikan nama olehku yang juga merupakan tugas atau tanggungjawab seorang bapa kepada seorang anak iaitu memberikan nama yang terbaik untuknya. Mudah-mudahan anak yang juga amanah dari Allah ini mampu aku dan isteriku jaga dengan baik.
0 Comments