Rumah Api 
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Fuh...aku baru jer pulang dari Pulau Langkawi. Percutian kali ni memang sangat menyeronokkan walaupun perjalanan aku ke sana tidak dirancang dengan baik. Ikut suke redah jer. Alhamdulillah rezeki ada kat sana. Semuanya berjalan dengan baik
 
Kali ni, aku nak muat naik gambar yang diambil dari salah satu teluk yang berada di Langkawi iaitu di Teluk Burau. Rumah api ni sangat cantik seni binaanya. Itu yang tertarik kepada aku sebenarnya dengan susunan batu batan yang berada di sekelilinya dan juga pasiran pantainya yang cukup menggagumkan.
 
Ditemani oleh isteri yang sabar dengan kerenah suami yang meredah rumah api sejak dari pukul 4 petang lagi. Tunggu punya tunggu, sampai penat menunggu, hari tak senja-senja. Last2, aku pun shoot je la. So, ini je lah yang mampu aku bawak dari Pulau Lagenda Pulau Langkawi. 
 
aku guna ape?
Kamera Nikon D5000
Len Sigma 10-20mm 
Hoya ND400 filter.
Tripod kepala bebola.
Edit dalam Adobe Lightroom 4

Kalau ada kesalahan dalam penulisan ini, sudi-sudilah menegur hamba yang hina ini :)

Gambar-gambar lain :)


  Rumah Api Teluk Burau, Langkawi


Rumah Api