Archive for Julai 2011

Floria 2011 - Roses are Forever


.........Roses are Forever........


Pameran pelbagai bunga dan tumbuh-tumbuhan menjadi tumpuan pada bulan Julai ini kerana di Putrajaya pada minggu lepas telah berlansungnya Putrajaya Flower Garden Festivel yang dikenali sebagai Floria.

Floria kali merupakan kenangan pertama aku. Perasaan gembira dan teruja apabila melihat bunga yang pelbagai jenis yang menarik. Tidak kurang juga kepada pengunjung yang hadir pada hari tersebut memeriahkan lagi suasana. Apabila aku jejakkan kaki di pintu masuk, aku melihat eolah-olah peperangan DSLR dan kamera kompak sedang berlaku...hehe...Sangat ramai manusia yang memegang kamera...

Apa-apa pun... Floria kali ini memang best sebab dah 2 kali aku datang floria dalam bulan ni...Lawatan pertama aku tidak berpuas hati dengan foto yang diambil...lawatan kedua dengan hasrat untuk repeat...tetapi tu jer la yang termampu...hehe...

Sukan Tahunan SKJB 1 2011

Letih bercampur gembira. Itulah ungkapan yang boleh diperkatakan pada masa ni.

Pada hari Ahad yang lalu, Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit 1 telah mengadakan sukan tahunan sekolah. Semua murid, guru dan ibu bapa turut terlibat dalam menjayakan acara sukan ini.

Dalam kisah praktikum kali ini, sukan tahunan ini merupakan acara sukan yang kedua yang pernah aku sertai selepas sekolah pertama ku di Serdang.

Tetapi, untuk sukan kali ini, aku terlibat secara lansung sebagai pembantu guru dalam memastikan kelancaran acara sukan yang dijalankan. Dalam masa yang sama, aku juga terlibat sebagai fotografer.

Penat sukan masih belum selesai sehingga hari ini.




Sukan Tara SK Jalan Bukit 1 2011

Assalamualaikum.
Pada bulan ini, aku berada di sekolah di kawasan Kajang. Sekolah di mana aku pernah berpraktikum dulu dan kini aku sedang menjalankan latihan Internship. Pada kali ni juga aku menyertai sukan tahunan sekolah bagi tahun ini. Sebagi guru praktikum, aku hanya menolong guru-guru senior menjalankan acara sukan. Dalam kesempatan itu juga aku telah mencuba mempraktikkan amalan menggunakan 50mm 1.8G di sekolah. Seronok tak seronok juga. Jom tengok apa hasilnya dengan menggunakan lens ni...Bukan nak poyo...bukan nak eksyen..cume nak kongsi cerita mengenai lens baru ni jer...hehe

Aperture Play : Nikkor 50mm 1.8G + D5000


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini hari yang bersejarah sebab aku baru jer beli lens nikkor pertama aku iaitu Nikkor 50mm 1.8G. Lens 50mm yang terbaru keluaran NIKON. Harga belian lens ni pun boleh dikatakan murah sebab aku dah cuba tanya rata2 tempat dan mereka boleh bagi harga dalam RM750 ke atas. Aku kire beruntung la sebab bole dapat dalam RM700 ke bawah...hehe...

Semangat punye semangat, aku pun update la blog ni dengan isinya nak tunjukkan macam mana 50mm 1.8G tu. Kalau nak tengok dr segi fizikalnya, bolehlah google kat internet. Tapi dalam blog ni, aku tunjukkan perbezaan aperture bagi lens ni...

Untuk yang beginner boleh la tau apa kaitan nilai aperture dengan bokeh (blur) yang dihasilkan.








Nilai aperture yang kecil (f1.8) bukan bermaksud bukaan lens tu kecil, tetapi bukaannya adalah besar.

Nilai aperture yang besar (f16), bukan bermaksud bukaan lens tu besar, tetapi bukaannya adalah kecil.

Bila guna f1.8, blur pada imej menjadi sangat cantik dan objek akan kelihatan seperti terpisah dengan background.

Tp kalu gune f16, objek akan kelihatan bersama2 dengan background.


10 Julai 2011

# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -