Assalamualaikum.

Pada hari Ahad iaitu 12 Jun yang lalu, aku telah menghadiri satu outing yang dianjurkan oleh kumpulan Hidupan Liar iaitu Wildlife Group. Ketua untuk outing kali ini adalah seperti biasa adalah admin kepada laman hidupan liar itu sendiri iaitu saudara Paman Aheri.

Perjalananku bermula dari Sungai Besar > Bangi > Melaka. Aku telah singgah di Bangi untuk bermalam sebentar. Aku hanya keseorangan dengan hanya menaiki motorsikal sahaja. Biasalah...nak jimatkan duit. hehe

Aku masih lagi muda dan amat memerlukan bimbingan. Sepanjang perkenalanku dengan geng outing kali ini, aku dapat belajar beberapa perkara yang begitu penting dalam bidang fotografi ini. Kalau nak berjaya...Tunjukkan minat...Lebihkan usaha...bertawakkal kepada Allah.