Assalamualaikum. Kali ini gambar yang diterbitkan adalah dalam bentuk HDR. Kali ini saya ingin menunjukkan kepada anda semua tentang sebuah jambatan yang menjadi nadi kepada 2 buah negeri iaitu negeri Selangor dan negeri Perak. Jambatan ini diberi nama sebagai Jambatan Sungai Bernam. Pada zaman aku kecik-kecik dulu, jambatan ini hanya ada satu sahaja. Tetapi sekarang, tengok la pada gambar itu. Si dia sudah pun berpunya atau pun berteman. Tidak lain dan tidak bukan fungsinya hanya untuk menghubungkan manusia yang berlainan negeri. Sungguh besar jasa jambatan ini kepada aku.
0 Comments