Assalamualaikum.

Entri kali ini hanya ingin menjelaskan tentang cara bagaimana saya menghasilkan gambar-gambar HDR. Pada kali ini, saya menggunakan tiga keping gambar berformat RAW yang mempunyai nilai dedahan (exposure) sebanyak -2, 0 dan +2. Pada asalnya saya hanya menangkap gambar pada dedahan 0. Kemudian, dengan dedahan 0 itu saya telah wujudkan pula -2 dan +2 yang kesemuanya dalam bentuk format TIF.

Software HDR yang digunakan untuk gambar ini adalah Photomatix Pro 4.0.2. Kalau tak silap ianya merupakan versi yang terbaru. Tidak kisahlah jika anda memiliki versi yang lain. Yang penting ianya Photmatix. hehe. Setelah itu, saya pun menyunting (edit) beberapa tempat yang kotor pada gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop CS5. Mengapa saya katakan kotor kerana gambar seperti manusia jika di 'HDR' kan akan menyebabkan tompokan-tompokan hitam pada bahagian kulit dan muka. Ini menjadikan subjek kita seperti terkena penyakit kulit yang kronik.

Disini, saya hanya masukkan perbandingan gambar asal HDR dengan gambar sutingannya.




Di sini juga saya ada masukkan gambar asal untuk proses HDR ini.


Jika ada kelemahan dalam HDR saya ini, amatlah digalakkan untuk memberi komen dan pandangan. Saya amat mengharapkan terguran dan tunjuk ajar anda.