B.i.s.m.i.l.l.a.h

Pagi cerah tiada tanda hujan mahu turun.
Pagi cerah untuk murid menjawab kertas ujian pada hari terakhir.
Pagi cerah adalah untuk kertas Pendidikan Seni Visual Tahun 4
Pagi cerah sesuai sekali untuk subjek ini.


Soalan mudah diberikan pada murid.
Tiada yang susah dan tiada membebankan.
Hanya melukis semula gambar watak kawan Spongebob sahaja.
Selepas lukis, barulah boleh mewarna dengan gembira.

 











Murid ini di atas namanya Jack Jimbun.
Murid istimewa dalam sekolahku.
Gambar lukisan telah diberi tapi apakan dayaku
Lukisan bebas jadi pilihannya


Dah letih melukis, rebahkan diri lelapkan mata.
Suasana sunyi ujian mendamaikan diri.



Dah siap baru boleh warna ba...


Padam...jangan tak padam.







Hasil lukisan gua beb. Apa macam?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ting...ting...ting
Murid bergegas meninggalkan kelas.
Dewan makan tempat tujuan
Untuk menghilangkan rasa yang lapar



Milo tarik!!!

Tiup dulu baru dapat telan.


Setelah kenyang menikmati makanan tadi,
gua masuk ke kelas dan beri latihan 'menambah" sebagai pengukuhan setiap murid. Bila murid dah siap kerja, gua beri kebebasan melakukan aktiviti sendiri. Inilah aktiviti yang berjaya dikesan.
Budak laki hanya tahu main.
Gua dulu pun sama...haha

Murid perempuan pula, tidak berpisah dengan bukunya.

Nikon D7100 + Nikkor 50mm 1.8G