Archive for Jun 2019

BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN GURU SEKOLAH

Assalmualaikum dan salam sejahtera.



Pada ruangan kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua sebuah Buku Program Persaraan Guru yang telah dihasilkan dengan menggunakan Microsoft Power Point.

Lain orang lain rasa.
Bagi pengemar Microsoft Publisher, mungkin anda merasakan hal ini agak pelik kerana Power Point hanya digunakan sebagai persembahan slaid.

Tapi sebenarnya, menggunakan Power Point sebenarnya lebih mudah berbanding Publisher. Mini Adobe!








Tukar Duit Rosak di Bank Negara Malaysia, BNM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada segmen kali ini aku ingin kongsikan kepada pembaca semua tentang pengalaman aku berdepan dengan detik-detik kehilangan 12 keping not RM50 yang rosak dan bagaimana cara untuk mendapatkan semula wang yang telah rosak itu.

PUNCA KEROSAKAN
Kerosakan wang adalah berpunca daripada botol pembersih aircond yang dibeli daripada kedai hardware yang bocor dan kemudian terkena pada setiap helaian. Apabila dibasuh dengan air, menjadikan keadaan lebih parah. Gambar pokok kelapa sawit boleh bertukar kepada pokok lalang jika dilap. fuh....



Pada 6 Mei 2019,
aku telah menuju ke Bank Negara yang terletak di Kuala Lumpur (lokasi BNM). Sebelum ke BNM, aku telah membaca beberapa blog yang berkongsikan cara untuk menukar wang yang telah rosak di BNM. Tapi bagi kes aku kali ini, aku tidak meletakkan harapan tinggi untuk mendapatkan semula wang tersebut 100 peratus.

Tu bukan bangunan BNM. Aku nak tunjuk gambar tempat parkir jer.
Setibanya di BNM, aku disambut pengawal keselamatan yang menunjukkan parkir yang kosong dan mereka menjalankan tugas yang begitu baik. Parkir yang disediakan adalah berbayar tetapi tidaklah terlalu mahal. Biasalah KL.

Seterusnya langkah pertama kaki disambut pula pengawal keselamatan di pintu masuk. Barang perlu diletakkan di dalam dulang plastik untuk pemeriksaan seperti di pintu masuk kawasan menunggu di mana-mana lapangan terbang. Risau jugak kalau-kalau ada terbawa masuk alatan yang dilarang. Tetapi semuanya berjalan dengan baik.

Aku terus bertanya kepada pegawai di sana dan mereka menunjukkan kaunter yang diperlukan. Aku berjumpa dengan pemeriksa wang rosak di kaunter. Alangkah terkejutnya apabila beliau memaklumkan kesemua duit aku yang rosak itu dapat ditukar semula kepada yang wang yang bernilai. Terasa seperti menjadi kaya semula.

Borang yang perlu dilengkapkan untuk memohon penukaran wang. Kerosakan wang berpunca daripada BAHAN KIMIA.
Duit berkedut. Ada cuba pada mesin CDM bank, tapi mesin tu lagi bijak mengesan kerosakan.  





Isi kertas kecil ini untuk BNM bayar semula wang ke dalam akaun bank. Akaun bank gaji.

Beliau memaklumkan tepat pukul 5 petang duit akan dimasukkan ke dalam akaun bank persendirian. Alhamdulillah. 

# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -