Archive for April 2016

(SHARE) : JOM KONGSI LAMAN KE MOE REPOSITORY

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.


Hari ini aku dapati banyak emel YES yang terkumpul di spam. Rupa-rupanya adalah maklum balas mengenai laman pembelajaran Frog Vle yang telah dihantar ke Moe Repository. Rasanya aku dah lama hantar laman yang dihasilkan dan baru-baru ini baru terdengar khabar dari pihak sana. 

Dalam banyak-banyak laman yang dihantar, ada yang diterima dan ada juga yang ditolak. Macam-macam komen yang diberikan pada laman yang dihantar. Salah aku jugak sebenarnya. Main hantar semua laman yang telah dibina tanpa disemak terlebih dahulu.

Tujuan laman diserahkan kepada Moe Repository adalah untuk berkongsikan laman milik kita kepada pendidik lain di Malaysia. Dengan adanya fungsi ini, pendidik lain boleh mencari laman-laman yang bersesuai dengan topik yang diajar. Laman boleh disalin menjadi simpanan tetapi nama pemilik laman itu masih dikekalkan.

Di sini aku kongsikan pengalaman rakan yang menghantar laman ke Moe Repository. Pihak pemeriksa laman menghantar emel memberitahu perkara yang amat mengejutkan. Laman yang dihantar dikatakan mengandungi bahan terlarang (lucah) yang menjadi punca laman tersebut ditolak. Apabila dilihat semula laman itu mendapati video Youtube yang dijadikan sebagai set induksi mengandungi satu bahagian imej organ pembiakan manusia. Gambar tersebut tidak keterlaluan malah ianya terdapat di dalam buku teks Pendidikan Kesihatan.

Cara ringkas menghantar laman ke MOE Repository.



Jangan lupa masukkan tag bagi setiap laman yang ingin dihantar.
Setelah dihantar ke pihak MOE, apa yang perlu dibuat ialah menunggu untuk beberapa ketika untuk disemak dan diluluskan. Sebarang makluman boleh dilihat dalam SPAM akaun emel YES anda.



Laman/site yang berjaya menembusi ke dalam Frogstore :)












(SHARE) : GAGAL DAN LULUS MENJAWAB UJIAN GOOGLE LEVEL 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah.

Setelah cubaan kali kedua, akhirnya aku telah berjaya memperoleh Google Certified Education Level 1 pada petang tadi.

Kisah 23 Mac, pukul 1 petang yang lalu, aku telah mencuba menjawab ujian Google Level 1 atas talian. Aku pilih untuk jalankan ujian di sekolah dengan harapan Zoom Yes termasuk broadband persendirian membantu melancarkan proses.  Tetapi malangnya, aku alami banyak masalah dan menyebabkan berkali-kali aku log out dan log in. Keadaan ini menyebabkan aku gagal menjawab kesemua soalan dalam masa 2 jam 30 minit. Fuh...memang dahsyat macam ambil peperiksaan akhir kursus zaman ijazah dulu.


Untuk lulus adalah 80% tetapi aku hanya peroleh 54% jer.
Kisah 6 Mac, pukul 3 petang tadi pula, daripada masalah yang dialami dulu, aku cuba menduduki soalan ujian dengan menggunakan talian Streamyx 1.0 mbps jer di rumah. Aku alami tiada masalah dan semuanya berjalan dengan lancar. Ujian berjaya dijawab dalam masa 2 jam dan masih berbaki 30 minit. Masa yang lebih aku gunakan untuk menyemak jawapan agar tidak gagal lagi. 

Tiga jenis bentuk soalan iaitu Drag & Drop, Multiple Choice dan Scenario. Pastikan webcam berfungsi!!!...sori, muka serius!

Akhirnya...

Alhamdulillah. Kali ni aku lulus cumanya markah tidak dinyatakan.


Inilah sijil pengiktirafan daripada Google sah untuk 24 bulan / 2 tahun
Bagaimana aku boleh menjawab dua ujian yang sama dalam tempoh masa kurang daripada 14 hari?

Setelah gagal ujian kali pertama, kita hanya dibenarkan menjawab semula ujian ini selepas tempoh 14 hari. Andai aku ikut tarikh itu, maka sayanglah baucer kedua kerana tarikhnya akan terlepas. Sebenarnya aku ada dua keping baucer. Baucer 1 diperoleh semasa menghadiri Seminar 3i tahun lepas manakala baucer 2 diperoleh semasa Gong Xi Fa Chai Study Group with GEG Klang Valley. Kedua-dua baucer ini bertarikh luput yang sama iaitu pada 31 Mac 2016.



Nasib la masih sempat daftar ujian seterusnya dengan baucer 2 dengan syarat menggunakan akaun emel yang berlainan. Bagi baucer 1, aku menggunakan emel peribadi Gmail manakala baucer 2 menggunakan emel YES, Frog Vle. Tak mahu gunakan baucer pun boleh. Kita boleh sediakan duit sebanyak sekitar RM50. 

Sebelum menjawab soalan ujian, kita perlu habiskan 13 modul atas talian yang menerangkan secara menyeluruh mengenai produk Google yang diaplikasikan dalam pendidikan.

Ada tiga jenis soalan iaitu Drag & Drop, multiple Choice dan Scenario semasa menjawab soalan ujian. Scenario lebih kepada menguji kemahiran menjalankan arahan yang diberikan berdasarkan kepada situasi seperti cara menambah "Meeting With Sam" dalam Google Calendar dan langkah menetapkan kalendar supaya perjumpaan dapat dijalankan.

Kepada kawan-kawan lain, selamat menjawab ujian dan seterusnya lulus dengan flying colors.



07 April 2016

(SHARE) : Murid Tahun 4 dah pandai COPY, EDIT, SHARE Google Slide Mereka!

Assalamualaikum.

Asalnya bermula di Frog Vle dan dikembangkan dengan bantuan Google.

Google? Sebelum ini aku hanya mengetahuinya sebagai tempat untuk mencari segala jenis macam perkara hatta perkara yang tidak penting dalam hidup. Tetapi apabila mengetahui "Kuasa" sebenar Google terutamanya dalam bidang pendidikan, ianya sangat membantu guru, iaitu Aku sendiri.

Pada Jumaat lalu, aku tiada di sekolah kerana menghadiri taklimat PIBG. Bermakna Pengajaran & Pembelajaran, PDP pada hari itu tidak dapat disampaikan dan kelas diganti oleh guru lain. Aku dengan selamba berkursus sehingga ke akhirnya.

Tiba-tiba, telefon pintar menghantar notifikasi bahawa terdapat beberapa pemberitahuan yang perlu dibaca pada pagi itu. Ingatkan hanya sekadar mesej mengenai Google+ yang dikemaskini oleh rakan lain. Rupa-rupanya pemberitahuan bahawa ada beberapa orang murid yang mengajak aku melihat hasil kerjanya!

 


Kerja murid boleh turut dilihat melalui app Google Drive di dalam telefon pintar. Buka dan lihat di bahagian "Share with me".



Ramai jugak murid yang menghantar tugasan. Aku pun lihatlah satu persatu hasil kerja murid yang telah dihantar. 

Install dulu app Google Slide dalam telefon pintar tu. Jangan lupa.



Masa untuk memberi ulasan/Semak kerja murid. Nasib la guna Note 2. Ada la jugak fungsi pen pintar yang tak pernah guna sejak beli dulu.




Jimat masa. Senang kerja. Sambil terlentang kuak dada pun boleh periksa hasil kerja murid.

Masa permulaan menggunakan aplikasi semacam ini, murid bertanya...
Murid: Saya tak sempat nak siapkan. Boleh tak siapkan nanti?
Guru: Boleh! Buatlah di mana-mana asalkan ada komputer, internet. 

---------------------------------------------------------------------------------
Murid: Cikgu, macam mana nak simpan kerja yang saya buat ni?
Guru: Takyah simpan. Google akan simpankan untuk kamu.
---------------------------------------------------------------------------------
SEKIAN...
01 April 2016

# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -