Archive for Disember 2012

Rumah Api Teluk Burau

Rumah Api 
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Fuh...aku baru jer pulang dari Pulau Langkawi. Percutian kali ni memang sangat menyeronokkan walaupun perjalanan aku ke sana tidak dirancang dengan baik. Ikut suke redah jer. Alhamdulillah rezeki ada kat sana. Semuanya berjalan dengan baik
 
Kali ni, aku nak muat naik gambar yang diambil dari salah satu teluk yang berada di Langkawi iaitu di Teluk Burau. Rumah api ni sangat cantik seni binaanya. Itu yang tertarik kepada aku sebenarnya dengan susunan batu batan yang berada di sekelilinya dan juga pasiran pantainya yang cukup menggagumkan.
 
Ditemani oleh isteri yang sabar dengan kerenah suami yang meredah rumah api sejak dari pukul 4 petang lagi. Tunggu punya tunggu, sampai penat menunggu, hari tak senja-senja. Last2, aku pun shoot je la. So, ini je lah yang mampu aku bawak dari Pulau Lagenda Pulau Langkawi. 
 
aku guna ape?
Kamera Nikon D5000
Len Sigma 10-20mm 
Hoya ND400 filter.
Tripod kepala bebola.
Edit dalam Adobe Lightroom 4

Kalau ada kesalahan dalam penulisan ini, sudi-sudilah menegur hamba yang hina ini :)

Gambar-gambar lain :)


  Rumah Api Teluk Burau, Langkawi


Rumah Api

Gabung Dua Exposure

wakdol

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan.
 
Seperti biasa, aku nak post sekeping gambar yang telah diambil pada beberapa hari yang lepas. Gambar ni diambil ditepi rumah aku yang mana ketika itu matahari baru nak terbit. Memanglah kalau dengan sekali shot saje, exposure die tak berapa nak seimbang. So kat sini, aku dah blend atau pun gabungkan exposure dari 2 keping gambar yang sama. Gambar 1, langit yang tak terlalu overexposed dan yang ke 2, foreground yang  seimbang exposurenya. Gabungan dilakukan dalam perisian Adobe Photoshop. Buat layer mask dan kemudian amek brush, berus la sampai licin.
*Kalau saya tersilap dalam penulisan ini, silakan untuk menegur saya yang lemah ini*
21 Disember 2012

Padi & Airnya

_DSC0053

Assalamualaikum kawan-kawan.
Kali ni aku nak post pulak gambar di kawasan rumah aku, kampungku, syurgaku.

Kalau disebut perkataan Sawah, Bendang, Jelapang Padi, Tempat tanam padi...tu semuanya adalah maksud yang sama. Bila dah ada padi, mesti ada sistem pengairannya bagi membekalkan air kepada padi supaya dapat tumbuh dengan baik dan sejahtera.

Jadi, gambar di atas tu adalah sistem pengairan air ke setiap sawah. Kebetulan pulak waktu pagi, cadang nak shot sunrise tapi kejar punya kejar...terlajak sampai mana ntah aku pun tak ingat. Last2 jumpe benda ni. Shot aje lah yer.

Cara Menangkap Bintang :)

Indahnya langit ciptaanNya
 
Alhamdulillah...lama sudah saya tidak mengemas kini halaman blog saya ini. Rasanya sudah hampir nak dekat satu tahun. Cuma tinggal beberapa hari saja lagi sebelum masuk tahun baru 2013. Pada entri kali ini saya letakkan sekeping gambar yang bertompok-tompok putih. Apakah itu agaknya
 
Dengan alatan :::  Nikon D5000 + Nikkor 50mm 1.8G + tripod + shutter remote :::: 
 
Saya baru belajar cara mengambil gambar seperti ini melalui laman-laman web yang bersepah di dalam internet. Gambar ini diambil di tepi rumah saya. Nasib memihak kepada saya kerana langit cerah dan beberapa bintang kelihatan bersinar di langit. Kalau ada rezeki, tentu Milky Way dapat dirakamkan. Post processing turut dilakukan dalam Adobe Lightroom bagi menaikkan seri gambar ini.

6 sec
f1.8
50mm
iso 2500

Bukaan lens yang besar seperti 1.8 atau 2.8 diperlukan untuk penghasilan imej seperti ini. Kalau lens yang takde bukaan ini, anda cubalah bukaan yang terluas bagi lensa anda. Anda yang tentukan sendiri.

Gunakan ISO yang tinggi. Kelebihan bagi kamera moden yang mana teknologi ISO nya sudah ditambah baik. Bagi model kamera yang saya gunakan, iso 2500 memang sangat ganas kesan noise nya. Beruntunglah sape yang miliki kamera yang baru dari saya :)

Yang maha penting ialah tripod. Tanpa tripod....baik anda tido je la dalam bilik. Tak payah nak shot gambar. Tripod biasa pun dah cukup. Selain tu, gunalah shutter remote atau pun timer yang ada pada kamera anda. Cuma remote tu kene beli la kat kedai. Harga murah jer...tak lebih 30 ringgit. haha

Kalau dah namanya malam, mestilah gelap. Macam mana nak fokus? aaa.....gunalah manual fokus. Jangan guna autofokus...sampai ke subuh la tak fokus2...
 
 Ada juga aku terbaca sesuatu...kalau nak betul2 cantik, kita cari tempat yang takde sumber cahaya yang lain seperti lampu2 jalan atau pun cahaya dari bangunan mana2. Pilih tempat yang betul2 gelap dan aman. Kalau ada sumber cahaya lain seperti lampu jalan....mesti akan ada kekuningan dalam gambar. Tak salah ada warna tu tapi bagi aku secara peribadi tak cantik di pandang :)

Pasal shutter speed plak, aku pilih masa yang singkat sebab aku tak mahu nampak cahaya dari bintang tu nampak bergaris. Kalau pilih yang terlampau lama, nanti akan terjadilah gambar time-lapse. Ikutlah keinginan diri anda sendiri. 

Kalau ada mana-mana sahabat yang membaca tulisan saya yang lemah ini, tolong bantu saya perbetulkannya :)



20 Disember 2012

# Bunting Matematik

# Ikuti Blog Ini

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Koleksi Buku Program

# Koleksi Buku Program
Disediakan dalam Powerpoint size A4

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -