Archive for Februari 2011

Sunday, 27 Feb 2011 - BIRDS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



















Pantai Remis Jeram, Selangor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Gambar ini telah diambil pada hari Jumaat yang lalu ketika aku mahu pulang ke halaman kampung di Sungai Besar. Dalam perjalanan pulang, aku tiba-tiba teringat dan teringin untuk mencari tempat popular di Pantai Remis, Jeram, Selangor. Sebenarnya, banyak lagi gambar-gambar seperti ini yang diambil oleh otai-otai fotografi. Tetapi, bagi aku yang beginner ini, apalah salahnya kalau aku pun mencuba seperti apa yang mereka lakukan.

Apabila sampai sahaja di sana, air pula surut dan matahari yang betul-betul bulat kekuningan hilang dalam sekumpulan awan tebal. Aku pun cuba membentangkan tripod Fancier yang baru dibeli. Dengan berbekalkan kit lens pada jarak fokal 18mm, aku pun mula mengerakkan idea untuk mencari idea mengenai subjek di atas. Tiba-tiba, bateri pula habis....haha....
Tiada apa yang boleh dibuat melainkan berkemas pulang dalam penuh kehampaan. huhu....

19 FEB 2011

Assalamualaikum dan selamat malam.



Takde kerja....Shot jalan depan rumah pun ok kot...



Tiada motif... melainkan langit yang cerah diterangi bulan mengambang.


Akhirnya... Subjek bulan menjadi idaman....

Hari Ini : 17 FEBUARI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Time : 7:45 pm (Malaysia)
Aperture : f8
Shutter speed : 1/80
ISO : 100
Focal Length : 300mm
Cropped Image + Minor Editing


Time : 7:45 pm (Malaysia)
Aperture : f8
Shutter speed : 1/100
ISO : 100
Focal Length : 195mm
Cropped Image + Minor Editing

Tips Mengambil Gambar Bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.




Di ambil pada 8 Febuari 2011 pada pukul 9.48 malam




Diambil pada 13 Febuari 2011 pada jam 10 15 malam


Bulan oh bulan...

Terdapat beberapa tips atau teknik ketika mengkap gambar bulan. Apa yang perlu kita tahu ialah bumi berputar pada paksinya. Apabila berlakunya putaran, sedah tentulah bulan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di langit sana jika kita lihat dari bumi.

Jadi, apa yang perlu anda ada dan anda harus lakukan ialah

TRIPOD
Ini merupakan peralatan yang penting dalam situasi ini. Untuk mendapatkan gambar yang sharp yang penuh details pada permukaan bulan, tripod memainkan peranan yang paling utama. Hal ini kerana, tripod membantu menyokong kamera dan lensa bagi mengelakkan sebarang gegaran yang memungkinkan gambar anda menjadi kabur. Tripod pula perlu kukuh dan mantap. Jangan disebabkan angin malam bertiup pun, tripod anda boleh melayang dan tumbang.

LENSA
Lensa memainkan peranan yang begitu penting juga. Untuk hal ini, lensa yang berjarak fokal yang besar seperti 150mm adalah amat sesuai. Bagi saya yang memiliki lensa Sigma 70-300mm, saya telah menggunakan jarak fokal yang maksimum sebanyak 300mm untuk gambar bulan di atas. Bagi sesiapa yang memiliki kit lens 18-55mm, adalah tidak digalakkan sama sekali.


SETTING
Pada kamera kita, terdeapat pelbagai mode. Ada mode A, S dan M. Dalam hal ini, saya menggunakan mode Manual. Letakkan jumlah aperture pada f8 - f11 dan laraskan juga kelajuan shutter. Shutter perlu ditingkatkan kerana jika shutter rendah digunakan akan menyebakan gambar kelihatan kabur kerana bumi kita sedang berputar. Bila shutter laju, maka, putaran itu dapat dihentikan dan bulan dapat dirakamkan. Jangan anda menggunakan mode A kerana pada waktu malam kebiasaannya kelajuan shutter akan menjadi perlahan walaupun anda menggunakan aperture f5.6 kerana kamera memerlukan cahaya. Padahal kita bukannya mahu memerlukan cahaya yang banyak untuk memenuhkan frame tetapi hanya pada bahagian permukaan bulan sahaja.


LIVE VIEW
Bagi kamera yang memiliki live view amatlah beruntung. Bila kita menangkap gambar bulan, kamera perlu didonggakkan ke langit kerana mungkin bulan berada betul-betul di atas kepala kita. Dengan adanya live view, anda tak perlu lagi nak jenguk-jenguk pada viewfinder tetapi hanya perlu pada skrin kamera. Senang dan mudah tanpa menyakitkan pinggang anda.


FOCUS POINT
Saya menggunakan single fokus point. Letakkan titik fokus betul-betul pada bulan. Jika anda menggunakan antofokus, kadang kala mengambil masa yang agak lama kerana kamera tidak mampu mencari fokus dalam keadaan yang gelap.


METERING
Saya menggunakan spot metering kerana saya mahukan details pada permukaan bulan. Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu metering, dapat bantuan En Google segera.

ISO
Dapatkan ISO yang paling kecil. Hal ini bagi mengelakkan kesan noise yang tinggi yang kemudiannya akan menghilangkan details pada bulan. Lagi pun anda menggunakan tripod. Jangan takut menggunakan ISO yang paling kecil kamera anda miliki.


SELF TIMER @ SHUTTER RELEASE
Bagi sesiapa yang tiada shutter release, kita boleh gunakan self timer pada kamera. Jangan malu jika kamera anda berbunyi bip berulang kali. Yang penting hasilnya lumayan dan mantap.

14 Februari 2011

Noise Reduction menggunakan Lightroom

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini akan aku tunjukkan tentang bagaimana aku selalu menghilangkan kesan noise pada sesuatu gambar yang telah diambil dengan menggunakan ISO yang tinggi. Seperti mana yang kita tahu, apabila kita menggunakan ISO yang tinggi, sekaligus akan mewujudkan kesan noise yang buruk dan hodohkan sesuatu gambar. Jadi, dengan bantuan perisian seperti Adobe Lightroom dan lain-lain perisian noise reduction dapat mengurangkan kesan noise pada gambar dan seterusnya dapat mengekalkan details yang menarik.

Berbagai manusia, berbagai minatnya. Bagi aku, aku lebih minat menggunakan Noise Reduction pada Adobe Lightroom yang boleh dikatakan setara dengan perisian-perisian yang lain. Lagi pun, Adobe Lr ni senang digunakan. Hanya perlu digerakkan slider ke kiri dan ke kanan. Senang bukan..? Tetapi untuk mendapatkan kesan yang betul-betul sempurna kadang-kadang memakan masa yang agak lama. Yang penting, anda kena rajin menggodek segala fungsi yang ada di dalam perisian ini. Kalau anda mahu belajar dengan lebih lanjut bagaimana perisian ini digunakan, anda bolehlah merujuk pada mana-mana laman web atau pun video-video tutorial seperti di dalam YouTube dan lain-lain lagi. Banyak sebenarnya. Cuma kita sahaja yang perlu berusaha dan jangan malas.

Kali ini aku nak tunjukkan gambar yang telah dihasilkan dengan menggunakan tahap ISO tertinggi dari kamera Nikon D5000 iaitu pada tahap 6400. Cuba anda lihat bagaimana kesan noise pada gambar yang keluar dari kamera tanpa dikenakan sentuhan Noise Reduction padanya.




Gambar yang bertajuk "Before" merupakan gambar asli pada ISO 6400.



Gambar telah dibesarkan pada nisbah 1:1 iaitu besar yang sebenar.


Apa rahsianya? Anda cuablah sendiri. Banyak setting yang boleh dilakukan. Yang penting adalah anda perlu tahu apa fungsi bagi setiap slider di dalam rajah Noise Reduction ini.


Setting bagi gambar ini adalah berbeza dengan gambar yang anda miliki. Jangan lah pulak anda ikut 100% daripada apa yang saya buat. Nanti gambar anda bertukar kepada yang lebih mengerikan pulak...

Selamat mencuba...tata
13 Februari 2011

Memburu Burung




Pipit & Merpati



Thursday February 03, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam hari masih berbaki 2 hingga 3 hari lagi sebelum menjelangnya praktikum, aku telah banyak menghabiskan masa berseorangan bersama lensa Sigma 70-300mm DG MACRO di kampung halaman.

Apa peralatan yang kita ada...itulah yang terbaik untuk kita walaupun pada hakikatnya peralatan tersebut tersebut tidaklah tergolong dalam kategori yang hebat dan superb. Yang penting kemahiran asas itulah punca segalanya.





Bila jarak fokal lensa kurang daripada 300mm, gambar gurung yang diambil boleh dikatakan dalam keadaan yang jelas, tajam, sharp dan memuaskan hati. Ditambah pula dengan faktor cahaya yang boleh dikatakan terang benderang sekaligus membantu kelajuan shutter mempegunkan burung itu.




Jenuh nak mencari bangau yang dekat. Last2 jumpa jugak bangau yang duduk melepak di atas wayar elektrik. Gambar kelihatan kurang memuaskan ketajamannya sebab banyak faktor kekurangan seperti faktor lensa, jenis kamera dan lain2 lagi...



Macam nak shot gambar burung yang beraksi seperti burung terbang di atas, anda boleh cuba continous shoting. Lebih kurang macam machine gun la kot...ikut kemampuan kemera anda. Macam D5000, kalu sekali tekan shutter, bolehlah dapat 4 keping gambar aksi gurung yang pelbagai sekaligus. Tak yah la nak tekan shutter 4 kali. Bagi sesiapa yang sayangkan shutter anda, gunalah ikut anda. Tapi orang kata...kalu fungsi continous dan ada...sayang juga kalu kite tak gunakannya....

Selamat beramal...

Makhluk di Taman Wetland Putrajaya























































# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -