Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Zon Sabak daerah Sabak Bernam telah pun melabuhkan tirainya. Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi kepada rakan semua Pamplet Majlis Tadarus Lipat Tiga.

Suka saya berkongsikan di sini juga bahawa pamplet ini direka dan disusun dengan menggunakan aplikasi Power Point yang wajib ada dalam setiap komputer warga pendidik. Setelah itu, untuk disebar luaskan pamplet ini untuk rujukan hadirin, saya telah memuat naik ke dalam laman sesawang bernama Anyflip secara percuma. Pamplet boleh diakses secara bentuk flash yang menarik. Cubalah sekarang.

Helaian yang diberikan kepada guru pengiring sekolah.
Pamplet Lipat Tiga yang berjaya dimuat naik ke dalam Anyflip berbentuk flash.


 Klik untuk muat turun