Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 16 Oktober, Selasa, satu bengkel modul VLE iaitu SATE telah dijalankan di daerah Sabak Bernam. Guru admin yang terlibat merangkumi guru dari zon PKG Sabak Bernam, Batu 38 dan juga Sungai Besar. Alhamdulillah, bengkel yang diadakan telah berjaya dijalankan dengan saya di sebagai penceramah di peringkat daerah.

Modul SATE ialah merupakan singkatan kepada Start And Learn Easily. Kiranya, bagi sesiapa yang baru nak bermula VLE disarankan untuk menduduki bengkel ini kerana dunia VLE telah berubah 360 darjah.

Semasa VLE mula-mula diperkenalkan, semua sumber pengajaran dan pembelajaran murid perlu disediakan oleh guru sendiri. Tetapi, situasi ini telah berubah berikutan perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan.

Pada hari ini guru tidak perlu lagi bersusah payah menyediakan laman pembelajaran seperti dulu kerana semuanya telah disediakan hasil daripada pembinaan laman oleh guru-guru pakar di Malaysia. Kita sebagai pengguna hanya perlu pilih, semak dan klik laman yang sesuai untuk digunakan dalam PDPC seharian.