24 August 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bayarannya adalah mohon doakan
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat saya dan keluarga.

Modul 10 Markah Dalam Genggaman yang dibina pada tahun 2016 adalah cetusan idea selepas menghadiri penataran Matematik UPSR format baharu dan juga perkongsian ilmu pembinaan item soalan oleh Cikgu Hamzah Salleh, iaitu salah seorang panel penulis akkbar Didik yang dijemput khas ke Sabak Bernam.

Modul yang mempunyai 20 set 10 soalan mudah telah diwujudkan selepas pemerhatian pada waktu itu mendapati sumber asas mencongak agak terhad. Walaupun terdapat lambakan buku pada waktu itu di pasaran adalah 100% tidak menepati cita rasa saya.

Maka dengan itu, saya telah menghasilkan modul ini bertujuan untuk membantu murid-murid lemah di sekolah saya sendiri. Dan akhirnya saya kongsikan untuk manfaat bersama. Bukan untuk dijual. Dijual adalah HARAM!

Tahun 2018, saya mendapati ramai guru yang mengulang kongsi bahan modul saya. Alhamdulillah. Saya beranggapan pada mulanya modul ini tidak mendapat sambutan. Tetapi rupanya memberi manfaat kepada rakan guru matematik yang lain. Selain itu juga, terdapat juga individu yang memohon agar saya menyediakan jawapan dan juga menghasilkan edisi ke-2. Memandangkan kekangan masa yang kian mencabar, saya menyimpan hasrat tersebut sehinggalah akan dijelmakan pada suatu hari nanti.

Bagi membantu rakan guru lain, bersama penulisan ini saya sertakan bersama 10 pautan persembahan elektronik (Google Slide) yang boleh dipapar kepada murid dan dimuat turun sebagai PowerPoint untuk kegunaan kawan-kawan di dalam kelas sebagai usaha terakhir kepada murid tahun 6. 10 slide lagi Insyaallah akan menyusul.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -