30 May 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ada rakan guru yang bertanya kepada saya tentang telefon yang sesuai digunakan bersama Kad Sim Yes. Sebenarnya, Kad Sim Yes bukanlah sebarangan kad sim yang boleh dimasukkan ke dalam mana-mana telefon pintar. Bagi telefon pintar persendirian yang agak ketinggalan zaman sudah tentulah kad sim ini tidak lagi menyokong fungsi LTE-nya kerana telefon lama jenis ini masih menggunakan teknologi 3G termasuklah telefon saya Samsung Note 2. 

Ada yang bertanya saya,
Cikgu Afiq! Boleh ke Kad Sim Yes dimasukkan ke dalam tablet Lenovo Utusan? Jawapannya, tentulah TIDAK BOLEH. Kerana teknologi tablet Lenovo tersebut hanya menyokong rangkaian 3G sahaja.





Jadi, adakah Yes mempunyai rangkaian 3G?
Jawapannya adalah TIDAK. Hanya teknologi LTE sahaja yang digunakan pihak Yes. Anda boleh cuba memasukkan kad sim  Yes ke dalam telefon lain dan cuba buat carian pembekal/provider Yes dengan teknologi 3G. Bak kata seniman agung P.Ramlee, tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul!


Cikgu Afiq, adakah sim kad Yes hanya boleh digunakan bersama dengan telefon Yes Altitude sahaja?
Sudah semestinya Yes Altitude boleh digunakan bersama sim kad ini. Walaupun begitu, janganlah berdukacita kerana sim kad jenis ini turut disokong oleh telefon-telefon pintar jenama lain yang canggih pada hari ini. Saya pun memahami tahap 'canggihnya' telefon Yes Altitude ni macam mana. Fuh......


Kalau begitu, berilah kami senarai telefon pintar tersebut. Manalah tau telefon peribadi kami menyokong sim kad Yes ni.

Jawapannya adalah : anda boleh rujuk di laman Yes dengan menekan pautan ini : Semak Peranti Anda di Sini!

Maka, dengan adanya senarai ini sedikit sebanyak boleh membantu anda yang merancang untuk membeli telefon baru yang banyak di pasaran yang boleh menyokong sim kad Yes.

Mana tidaknya, kekangan membawa telefon persendirian dan Yes Altitude kemana-mana adalah menyusahkan. Jadi, pindahkan saja kad sim Yes ke dalam telefon peribadi kita. Senang dan mudah. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -