02 May 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 1 Mei 2018 yang lalu, telah pun dilaksanakan penamatan bagi akses wifi kepada Dongle YES. Hal ini bermakna, bermula bulan ini, para guru sudah tidak lagi dibekalkan dengan data 2GB yang diberikan setiap bulan. Bagi saya, hal ini amat menyedihkan kerana Dongle Yes merupakan alternatif internet saya ketika terlibat dengan bengkel dan ceramah di luar sekolah mahu pun sebagai 'back-up' ketika kuota internet peribadi telah pun habis.




Dan pada hari ini juga, terdapat beberapa orang guru di sekolah telah pun memulangkan Dongle kepada saya kerana mereka sudah maklum tentang perkara ini. Nampaknya mereka pun turut berdukacita tentang hal ini.

Sekarang, tibalah masanya untuk para guru untuk menggunakan internet melalui peranti Yes Altitude. Bagi saya, peranti ini leceh sedikit kerana alatan ini menggunakan tenaga bateri yang perlu dicas. Sedangkan baterinya tidaklah digunakan terlalu lama. Saya sendiri telah menukar bateri asal kepada bateri jenama Lenovo kerana bateri YES sukar diperoleh di pasaran semasa.

Harapan saya sebagai guru yang menggunakan YES agar kuota 2GB itu dapat dikembalikan semula dan disertakan bersama kuota 2GB pada YES Altitude agar menjadi 4GB. Maka pada peranti kita akan dibekalkan dengan kuota 4GB. Ini hanya sekadar harapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -