Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gambar daripada Amanz
Di saat saya menulis entri ini, sudah hampir 6 bulan jugaklah telefon YES Altitude saya tersadai di dalam kotaknya. Hal ini kerana bateri telefon YES dipercayai sudah tidak mampu lagi membekalkan tenaga walaupun penggunaannya tidak sampai setahun. Saya sangat yakin dan percaya telefon pengeluar lain yang setanding dengannya pun tidak alami masalah remeh seperti ini.


Sudahlah mudah rosak dan tidak berkualiti (dengan izin yang berhormat), alat ganti pun sangatlah sukar untuk dicari dan diperoleh hatta dalam internet sekalipun.

Apabila telefon sudah tidak boleh digunakan, saya cuba untuk memasukkan kad sim YES ke dalam telefon 4G lain tetapi malangnya ianya tidak berfungsi. Rupa-rupanya hanya sesetengah telefon sahaja yang serasi dengan kad sim YES 4G ini.


Apakah tanda-tanda kerosakan bateri YES Altitude?
Daripada pengalaman saya sebagai pengguna YES Altitude adalah pada mulanya bateri menunjukkan kadar penyusutan kuasa bateri yang sangat ketara. Dalam masa beberapa jam sahaja kita boleh perasan kuasa bateri menurun secara mendadak tanpa menggunakanya. Dan apabila telefon dicas dalam masa yang singkat, kuasa bateri kembali penuh. Seolah-olah telefon YES Altitude setanding teknologi pengecasan Oppo. Aiseh...

Pernah juga sekali saya menanggalkan bateri YES Altitude ini. Sebelum bateri ditanggalkan, penunjuk bateri menunjukkan baki kuasa sebanyak 60%. Apabila bateri ditanggalkan dan dipasang semula dan telefon dihidupkan, kuasanya menurun kepada 53%. Kadangkala kuasa bateri tersebut boleh meningkat seperti berlaku sesuatu kuasa ghaib yang mengecasnya. Haha

    

Selain daripada itu, apabila jangka hayatnya sudah sampai, anda akan mengalami kejutan di mana skrin telefon itu akan berkelip-kelip memaparkan logo jenama Altitude berulang-ulang kali untuk jangka masa yang lama sehingga kuasa bateri habis. Inilah yang saya alami.


Bagaimana cara nak tahu bateri YES Altitude sudah rosak?
Apa yang saya lakukan ialah saya pinjam telefon YES Altitude isteri. Saya masukkan bateri telefon YES isteri ke dalam telefon YES saya. Jika telefon stabil dan dapat digunakan, ini bermakna telefon YES anda belum lagi rosak dan anda hanya perlu menukarkan bateri lama kepada yang baru.

Bagaimana cara mendapatkan bateri gantian YES Altitude?
Hasil perkongsian rakan-rakan media sosial, masalah ini mempunyai penyelesaiannya.


Rupa-rupanya jenama Lenovo boleh digunakan sebagai alat ganti bateri Yes Altitude.

Para pembaca boleh merujuk kepada komen daripada laman BTPN Selangor di sini :

Pembelian atas talian :